Tweet

Nuffnang Ads

Friday, March 1

The Ark of the Covenant

:)Artikel ini adalah tentang benda yang paling ditakuti pada masa Perjanjian Lama. Sekurang-kurangnya begitulah gambarannya. keberadaanya dulu begitu kuat dan sangat berpengaruh terhadap bangsa Israel semenjak peristiwa exodus keluar dari Tanah Mesir.


Namun, benda itu kini telah hilang ditelan masa, lenyap dari sejarah, dan tak ada yang tahu di mana letaknya sekarang. Postinganku kali ini akan cuba mengisahkan sejarah dari benda tersebut.

Bermula dari Yerusalem, Bandar yang mungkin terlalu suci bagi banyak orang. Di tengahnya terletak sebuah bukit bernama Gunung Moria, yang kini menjadi tapak Dome of the Rock / Qubbah As-Sakhrah yang luar biasa. Selain Dome of the Rock, dikompleks tersebut (Al-Haram ash-Sharif) terdapat Masjidil Aqsa. Dari sini, Muhammad saw dinaikan ke langit (Sidratul Muntaha) dalam peristiwa Mi'raj. Jauh Sebelum itu, Isa / Isa as menyembuhkan orang buta dan sakit di sini, sehingga kaum Kristian juga menyebutnya tanah suci. 1000 tahun sebelumnya, King Sulaiman / Sulaiman as membina bait asalnya di gunung ini untuk menyimpan benda misteri yang disebut the Ark of the Covenant / Tabut perjanjian.

Di masa itu, tempat ini adalah pusat dari agama Yahudi. Bagaimana tabut itu sampai disini dan bagaimana boleh lenyap dari sini? itulah teka-teki yang mengundang obsesi. Apa yang berlaku pada benda yang paling penting di perjanjian lama ini sehingga boleh lenyap begitu sahaja?

Kisah Tabut itu bermula lebih dari 3000 tahun yang lalu. Seseorang memimpin 2 juta orang ke Gurun Sinai. Ia memerlukan campur tangan Ilahi dalam skala yang luar biasa dan ia akan mendapatkannya. Orang itu adalah Moses / Musa as yang memimpin kaumnya keluar dari perhambaan di Mesir. Tiga bulan mengembara setelah mukjizat terbelahnya laut merah, Ia membawa orang Israel ke Gunung Sinai. Tuhan akan melimpahkan hadiah yang belum pernah ada bagi umat manusia. Dari ratusan hukum yang ada di dalam Perjanjian Lama semuanya seolah diturunkan dari suatu tempat. Tapi tidak dengan 10 hukum besar yang dibawa Musa turun dari Gunung Sinai ini. Ada sepuluh perintah Allah yang diturunkan kepada Musa di Gunung Sinai, dan perintah-perintah itu tertulis pada dua loh batu. Musa juga membuat tempat / wadah yang digunakan untuk menyimpan sepuluh perintah Allah yang disampaikan kepadanya di Gunung Sinai, iaitu apa yang kita sebut sebagai Tabut Perjanjian. Tabut itu dibuat sangat spesifik, wujud peti kayu dengan panjang 1,2 meter, lebar 61 cm, dan tinggi 61 cm. Diperbuat dari kayu keras yang disebut akasia, bahagian luar dan dalamnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut tabut harus ada 4 cincin emas, di mana kayu pengusung yang juga disepuh dengan emas boleh dimasukkan untuk membawa Tabut tersebut. Tudung yang juga disebut sebagai "tumpuan kaki tuhan" harus juga terbuat dari emas murni, dimana Patung Mailakat bersayap emas (kerubim) juga diletakkan di hujung-hujung atasnya dan saling berhadapan.



Tabut itu berfungsi sebagai sambungan langsung bagi Musa pada Tuhan. Akan muncul awan cerah diatas tutup emas di antara kerubim itu apabila Tuhan ingin menyampaikan sesuatu pada hamba-Nya. Tuhan memerintahkan hanya pendeta dari suku Lewi yang boleh membawanya. Berat tabut itu mungkin beberapa ratus pon, tapi menurut legenda ia boleh terangkat sendiri walaupun tidak ada seorang pun yang mengangkatnya.

Tidak ada seorang pun, bahkan pendeta Lewi yang boleh menatapnya. Jadi, mereka selalu menutupnya dengan kain biru dan kulit binatang. Sejak awal, tabut itu sudah menampakkan sisi berbahaya. Beberapa hari kemudian, dua anak saudara Musa cuba memberikan persembahan kepada Tabut itu dan kedua-duanya langsung mati terbakar. Menurut legenda, kerubim itu memercik tanpa henti, menghanguskan orang dan benda yang disentuh. Tabut itu mendampingi golongan Israel 40 tahun lama-nya selama mereka mengembara dan berperang. Bersama tabut itu, orang Israel mampu menakluk tanah yang dijanjikan. Benda ini mengandungi kekuatan dan kepentingan yang tak terbayangkan. Menurut cerita dalam Alkitab Yahudi, tabut itu dibawa di depan pasukan dalam setiap pertempuran, tiap pertempuran selama penaklukan orang Israel akan tanah Kanaan. Ia terus menerus dibawa dalam perang agar musuh dapat dikalahkan dan Tabut itu akan selalu berada di garis depan. Ada catatan luar biasa bahawa tabut itu terangkat dari tanah dan terbang menuju ke arah musuh sambil mengeluarkan suara-suara erangan.

Satu orang malang bernama Uza, hanya berniat menstabilkan Tabut tersebut apabila tampak goyah apabila diangkat oleh para pendeta Lewi, dan ia langsung mati terbakar. selepas itu, Musa memerintahkan agar dibuatkan khemah / khemah untuk meletakkan Tabut itu. Bukan untuk melindunginya dari orang, tapi justru sebaliknya.
Kemenangan tentera pertama dan yang paling terkenal dari tabut itu iaitu runtuhnya tembok kota Yerikho / Jericho. Pendeta Lewi yang bertugas membawa Tabut, mengangkutnya mengelilingi kota bertembok itu sekali sehari selama 6 hari. Di hari ke-7, mereka mengelilingi 7 kali dan menyuruh meniup sengkala. Seketika itu juga tembok kota itu pun runtuh.

300 tahun kemudian, Tabut itu meninggalkan orang Israel dan kesannya sangat buruk bagi mereka. Saat pendeta tinggi mengabaikan kewajipan korban mereka, Tabut itu tak melindungi mereka dalam perang melawan orang Filistin. 30 ribu orang tewas dan orang Filistin mengambil tabut itu. Namun, tujuh bulan kemudian orang Filistin mengembalikannya. Wabak kudis dan tikus merebak akibat Tabut itu.
Akhirnya, di bawah King David (Daud as), orang Israel boleh mengalahkan orang Filistin, lalu memenangi pertahanan terakhir dari pihak lawan. Kemudian, Kota Jerusalem yang dijadikan ibu negara. Tuhan menyuruh Daud mendirikan Bait Suci untuk meletakkan tabut tersebut, tapi puteranya Sulaiman / Sulaiman as yang mebangunnya. Kerana kes itu, Gunung Moria menjadi "titik tertinggi" di dalam bandar tersebut.

Visi Salomo untuk Bait itu tak seperti yang pernah dilihat orang. Hanya kayu cedar dan batu terbaik yang dipakai untuk membuatnya, dan titik tertingginya menjulang hingga 20 tingkat. Salomo berhutang besar untuk membinanya, kerana itu ia harus memberikan 20 desa hadapan untuk kerajaan tetangga. Setelah memeriksa masih mengandungi dua buah batu sepuluh perintah Allah yang disimpan di dalam Tabut, Sulaiman lalu menempatkannya di tengah-tengah Bait Suci Mahakudus. Hanya pendeta tinggi sahaja yang boleh mendekati dan memasuki ruang simpanan tersebut, itupun mereka perlu masuk dengan menggunakan pakaian khas sambil membakar dupa.

Lalu, bagaimana benda penting yang mengandungi kehadiran Allah boleh lenyap begitu sahaja? Sekarang, di manakah tabut itu berada? itulah teka-teki terbesarnya.
Banyak orang masih mencari tabut tersebut sehingga saat ini, dan itu bermula dari Bait Suci yang dibina Salomo sebagai tempat untuk menyimpan Tabut. Tapi kini, tak ada satupun artifak atau batu yang menunjukkan di mana tepatnya tabut itu berdiri di Bukit Bait Suci Jerusalem. Tembok ratapan yang terkenal, mungkin sekarang merupakan tapak suci Yahudi yang berharga. Tembok ini adalah merupakan sisa-sisa Bait Suci kedua yang dibina berabad-abad selepas tabut itu lenyap. Sebahagian penyembah di sini menunggu saatnya penghuni Bukit Bait Suci Dome of the Rock milik Islam hancur. Dan Bait Suci Yahudi ke-3 akan didirikan di tempat tersebut. Inilah salah satu faktor yang menimbulkan perselisihan hebat tanpa henti antara Israel dan Palestin hingga sekarang.

Menurut Perjanijian Lama, Tabut itu ditempatkan di sana sekitar 955 SM. Tapi, sekitar tahun 620 SM rujukan tentang artifak yang paling penting dalam agama Yahudi ini berhenti. Lenyap begitu sahaja dari sejarah. Hanya satu perkara saja yang jelas, krisis sebesar bencara dalaman dan luaran yang boleh mengeluarkan Tabut itu dari Bait Suci. Krisis pertama yang sesuai dengan hal ini adalah serangan Firaun Mesir bernama Shishak, beberapa puluh tahun selepas Bait itu dibina. Sekenario Shishak inilah yang mengilhamkan petualangan Indiana Jones di Mesir dalam filem Indiana Jones: Raiders of the Lost Ark.

Sumber-sumber Mesir menegaskan bahawa Firaun bernama Sheshonq yang menyerang Israel sekitar tahun 1000 SM, dan membawa banyak harta ke Tanis. Tentu saja pahlawan kita, Indiana Jones mencari tabut itu di sana sambil dikejar-kejar oleh tentera NAZI. Tapi sayang bagi para penggemar Stephen Spielberg, agaknya jelas Sheshonq tak pernah menguasai kota Jerusalem. Kerana Ia hanya cukup puas dihantar setumpuk harta dan ufti agar tidak menyerang Yerusalem. Apakah yang disebut sebagai harta dan ufti itu adalah tabut perjanjian? berapa besar kemungkinan?

Jawapannya mudah saja, iaitu tidak. Mustahil mereka sukarela menyerahkan benda tersucinya. Lebih jauh lagi, rujukan bahawa tabut itu masih berada di Bait Suci waktu Paskah Yahudi di masa pemerintahan Hosea sekitar tahun 620 SM. Tapi 30 tahun kemudian, tahun 587 SM, muncul krisis yang menurut banyak cendekiawan menjelaskan hilangnya tabut tersebut. Bandar dan Bait Sucinya diduduki dan dijarah orang Babylon dipimpin oleh raja terkenal Nebukadnezar. Nampaknya tabut itu dibawa oleh para tentera Babylon. Tapi tunggu dulu, orang Babylon adalah birokrat dan pencatat yang sangat ahli dan mereka mencatat terperinci segala hal yang diambil dari Bait Suci. Satu benda yang jelas tak tercatat iaitu Tabut Perjanjian, benda utama di Bait Suci. Orang Babylon tak mencatatkannya di antara barang-barang jarahan kerana benda itu sudah tidak ada disana. Jadi, di manakah tabut itu?
Mungkin tak ada seorang pun yang mengetahui di mana saat ini benda itu berada. Namun, ada harapan kritikal bagi semua yang percaya bahawa Tabut itu masih ada di dunia dan belum hancur. Mungkin ada seseorang yang cukup cerdik menyelundupakan tabut itu keluar dari Bait sebelum bahaya menjadi krisis....

No comments:

Post a Comment