Tweet

Nuffnang Ads

Saturday, March 16

Nilai Cinta

:)

  Sekali lagi kita menjalani liku-liku percintaan sesuatu yang perit untuk menerimanya kembali. Mungkin ia telah lama dahulu pudar dalam hati tapi bila ia datang kembali aku menjadi serba tak tentu. takut.. ya.. takut untuk meghadapinya. Apakah aku masih mengelamun atau memang sudah ditakdirkan aku menerima cinta di saat dan waktu begini?. Siapa sangka jodoh 2 boleh datang dengan sekelip mata. Cinta dan kebahagian kita dikongsikan bersama pasangan kita. Jika indahnya percintaan itu sehingga keakhirnya.

  Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, jodoh pertemuan setiap insan pasti akan berakhir dengan duka dan sebak. bukan lagi tawa dan manis.. Bila kita memilih untuk melakukan perpisahan?. adakah di waktu sukar.? di waktu tiada lagi jalan penyelesaian atau di waktu tuhan lebeh menyayanginya?. mereka banyak berduka ketika itu. Nangis tika perpisahan yang berlaku.

  Kehidupan mesti diteruskan bukan jika berlakunya perpisahan dalam sebuah percintaan. Hakikatnya diri kita untuk menerima sesuatu yang terjadi kepada percintaan kita. Setiap Manusia pelbagai kisah cinta yang mereka ceritakan. Namun, tiada siapa yang sanggup menceritakan saat duka percintaan mereka?. Kenapa tidak menamatkan kisah duka tersebut berbalik dengan kisah riang?. Jangan mengambil mudah untuk menghancurkan sepanjang kehidupan kita untuk gagal. Kerana kita cuma hidup untuk sekali.

  Jangan buta kerana cinta, cinta hanya indah dalam perkenalan sahaja. bila kita saling mula tidak mempercayai. Keretakan Pasti akan berlaku. Ingat, tika kita Dilamun cinta. kita pasti akan sempurna sahaja dihadapan pasangan kita. Begitulah mereka katakan yang mereka terima kamu seadaya. Tapi, saat kamu sudah membuka mata untuk menilai pasangan pasti anda nampak yang ia juga manusia, begitu banyak sifat buruk mereka yang kita "skip". Sehinggala kita endahkan dan terus memilih untuk "skip" dan akhirnya kamu berdepan dengan situasi tersebut. Barulah kamu sedar yang selama ini kamu telah nampak sifat itu dan di lakukan terhadap diri kamu. namun Kamu tetap menganggap cinta itu buta.

   Setiap hubungan pasti akan memilih untuk hidup bersama selama-lamanya bukan?. Bagaimana seseorang yang kamu cintai itu sebaliknya?. Tidak komitmen dalam perhubungan, Tidak matang. terlalu memikirkan kerjaya, atau pelbagai lagi alasan yang boleh di cipta untuk anda mengelak untuk mengahwini anda. Sedialah menerima apa sahaja jawapan yang diberikan. Mungkin bukan masa lagi jodoh anda akan tiba. Cuba lagi. Bersabar.. Bukan tamat kepada mereka yang masih mementingkan diri sendiri. Jika mereka meminta tempoh, berikan masa dan terus setia menanti keputusan mereka. yang Pasti anda sentiasa bersedia.

  Cinta,jika diurai ia terlalu luas jika dinilai dari aspek perhubungan sahaja. Ramai di antara kita Menerima percintaan dengan begitu mudah sehingga mereka lupa yang ia membentuk peribadi kita dalam mematangkan kita. Ia bukan kerana berapa kali kita gagal dalam bercinta. Berapa kali kita dikecewakan atau berapa banyak wanita yang sudah ditiduri. Tapi setiap percintaan itu adalah melalui hati. Walaupun tidak dimiliki,cinta yang dipendam.. Ia tetap membentuk suatu rasa kasih sayang kepada sesorang walau mereka tidak mengetahuinya. Ada juga sesetengah orang sanggup membuat apa sahaja untuk membuktikan kasih sayangnya kepada seseorang. Kadang-kadang CInta yang ikhlas jarang lagi berlaku di dunia ini. Kerana keadaan yang membentuk setiap masyarakat kita untuk memilih cinta dan mesti berakhir ke jinjang pelamin. Tidak semestinya Cinta berakhir dengan indah yang pasti Cinta itu hadir sekelip mata dan pergi bukan mudah untuk dilupakan dengan sekelip mata. Tidak hairan jika Sesetengah orang yang mempunyai cinta yang ikhlas masih buta untuk memilih jalan yang salah mengakhirkan hidup mereka dengan membunuh diri kerana tidak sanggup berhadapan orang yang disayangi mereka bersama orang lain. Sekian.. Semoga hari anda diwarnai dengan pelangi cinta cerita anda. :)