Tweet

Nuffnang Ads

Thursday, March 7

Zombie

:)  Walking Dead siri movie yang memaparkan sebuah kumpulan yang berusaha menyelamatkan diri mereka dari di bunuh oleh makhluk yang di gelar Zombie. Cerita Ini telah membuka mata dan fikiran aku tentang benar- benar keweujudan peristiwa ini. Iaitu Pada akhir zaman. Tidak mustahill kewujudan Zombie di zaman yang pelbagai ciptaan saintis pada zaman ini. Mengakibatkan Sesuatu yang mengancam manusia dalam ciptaan mereka membuat senjata untuk bersedia menghadapi perang Dunia yang ke-3 nanti Atau Perang Dunia ke -3 nanti Manusia Akan berperang dengan Zombie-zombie ini. Ini aku ada Story sikit history pasal Zombie ni :


Zombie sebenarnya berasal dan muncul dari pulau Haiti di Caribbean. Mereka adalah orang2 yang hampir mati, lalu dihidupkan kembali dari tubuh yang hampir mati tersebut oleh para pendeta / dukun Voodoo (semacam ilmu ghaib / supranaturalnya suku-suku indian, tentunya ini pakai mantera-mantera).


Mereka biasanya digunakan sebagai budak selama sisa2 hidup mereka yang sangat meyedihkan. Seperti halnya manusia, zombie pun dapat bergerak, makan, mendengar, dan bercakap, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan dan wawasan tentang keadaan mereka.

Legenda tentang zombie telah beredar selama berabad-abad, namun baru pada tahun 1980 sebuah kes baru didokumentasikan. Cerita ini bermula pada thn 1962 di Haiti. Seorang lelaki yang bernama Clairivius Narcisse dijual kepada salah satu Dukun Voodoo oleh saudara laki2-nya, kerana Clairvius menolak menjual bahagian warisannya berupa tanah keluarga. Segera saja Clairvius dibuat meninggal dan dikuburkan. Namun, sebenarnya ia tidak benar2 mati, namun malah dijadikan zombie dan diperkejakan di ladang-ladang tebu bersama para pekerja zombie yang lain. Pada thn 1964, setelah pemilik zombie tersebut meninggal, para zombie2 itu akhirnya tersebar dan mengembara melintasi pulau dalam keadaan "linglung" selama kurang lebih 16 tahun lamanya sebelum mereka2 ini ditangkap.

Dr.Wade Davis, seorang ahli etnobiologi dari Harvard University, memutuskan pergi Ke Haiti untuk meneliti kebenaran cerita tersebut dan ketika tiba di sana ia benar2 menemui beberapa dukun2 voodoo yang mengamalkan cara muat naik zombi. Intinya, buatlah mereka "mati" dan buat mereka "gila", sehingga fikiran mereka dapat ditundukkan. Seringkali dukun2 tersebut secara diam2 memberikan semacam obat2-an utk mencapai hal ini. Cara membuat mereka mati tidak seperti yang kita bayangkan, misalnya dibacok pakai celurit, atau dipukul pake benda tumpul, dan sebagainya. Namun dengan cara yang cukup unik, iaitu dengan campuran kulit katak yang biasa disebut "bufo bufo bufo" dan ikan puffer (jadi intinya mereka ini tidak benar-benar mati, alias nyawanya masih ada). Campuran ini boleh ditambah pada makanan, atau disapukan pada kulit, terutama pada kulit yang lembut dan tidak rosak di bahagian dalam lengan dekat siku. Kemudian setelah beberapa minit, para mangsa akan "kelihatan" seperti mati, dengan nafas dan degupan jantung yang sangat lambat dan lemah. Nah kalau sudah begitu, maka orang2 yang melihatnya mengira ia telah mati dan akan dikuburkan. Tapi ingat, mereka ini belum benar2 mati, mungkin hanya dukun2 yang menyebabkan mereka seperti itulah yang benar2 mengetahui keadaan sebenarnya.

Kemudian, setelah ia dikebumikan oleh keluarganya, para dukun harus menunggu terlebih dahulu selama kira2 beberpa jam untuk menggali dan kemudian mengambil jasadnya (tapi jangan terlalu lama kerana mereka boleh mati beneran kerana sesak nafas didalam sana). Lalu bagaimana cara membuat mereka "gila"?, Iaitu dengan memaksa mereka memakan sejenis pasta yang dibuat dari datura (rumput jimsons). Kerana datura ini sifatnya memutuskan hubungan fikiran dengan realiti, dan kemudian menghancurkan seluruh ingatan yang ada.Setelah mengambil itu mereka akan kebingungan, tidak tahu ini hari apa, di mana mereka berada, bahkan dirinya sendiri ia tidak tahu. Nah, sekarang zombie yang telah berada dalam keadaan semipermanen menjadi gila, dijual ke ladang-ladang tebu sebagai budak pekerja. Mereka diberi datura lagi jika perasaan mereka kelihatan mulai pulih. Jadi intinya, zombie yang sebenarnya itu bukan seperti yang digambarkan ddidalam game mahupun film2 yang umumnya telah benar2 mati kaya vampire2 china yang boleh bangkit kembali, berjalan, lalu kemudian dapat bergerak menyerang manusia. Hal itu salah besar, zombie yang sebenarnya adalah seperti yang aku ceritakan diatas tadi.

Lalu bagaimana analisis Kimia-nya dari Pembuatan Zombie itu?

Para dukun2 voodoo menggunakan kulit katak bufo dan ikan pufer untuk membuat seseorang menjadi zombie. Kulit katak jenis "bufo bufo bufo" itu sangat berbahaya, terdapat beberapa kandungan kimia yang bersifat racun mematikan didalamnya, iaitu biogenetik amina, bufogenin, dan bufotoksin. Sedangan ikan puffer dikenal di Jepun dengan nama Fugo. Racunnya disebut "tetrodotoksin", racun saraf yang mematikan. Kesan penghilang rasa sakitnya 160.000 kali lebih kuat daripada kokain. Memakan ikan jenis ini boleh membuat "Keblinger" kerana kandungan racunnya. Di Jepun, banyak orang2 yang mati setelah menyantap ikan jenis ini, pada umumnya toksin tersebut dengan cepat menurunkan suhu tubuh dan tekanan darah, selain itu dapat menyebabkan orang yang memakannya mengalami koma.

Sedangkan datura adalah sejenis rumput Jimson (nama latinnya brugmansia candida), tumbuhan ini mengandungi bahan kimia atropin, hyoskiamin dan skopolamin yang apabila dimakan akan menyebabkan kita kehilangan ingatan. Bahkan jika menggunakannya telalu banyak, kelumpuhan dan kematian akan mendatangi kita. Orang yang memberi bahan kimia diatas haruslah cukup terampil, harus boleh menganggarkan takaran secukupnya pada manusia yang mahu dijadikan zombie supaya nanti tidak benar-benar mati.

Running Man(런닝맨)

:)Running Man (Korea런닝맨makna harfiah: "Orang Berlari") adalah satu rancangan aneka ragam dariKorea Selatan. Rancangan ini bersama dengan K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday disaluran SBS. Ia pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai rancangan "anekaragam aksi urban", satu genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam rancangan anekaragam. Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara seperti Thailand. Selain saluran SBS, rancangan ini juga disiarkan di saluran televisyen milik Sony Pictures Entertainment iaitu SET One pada hari Jumaat jam 6.30 petang (waktu Malaysia dan Singapura).


StarringYu Jae-suk
Gary
Ha-ha
Ji Suk-jin
Kim Jong-kook
Lee Kwang-su
Song Ji-hyo

Untuk Menonton Rancangan Runningman ini atau Rancangan-rancangan korea yang menarik sila klik: 

                http://kshowonline.com/#


Yu-Jae suk

Episod 1

Dalam episod ini, ahli dan tetamu telah dikurung di suatu tempat (contohnya seperti muzium atau pusat beli-belah) ketika waktu masuk bagi tempat itu telah di tutup dan mereka dikehendaki untuk meninggalkan tempat itu sebelum waktu tempat itu dibuka semula. Dalam episod ini juga, mereka telah dibahagi kepada dua pasukan untuk berlumba mencari kod yang tersembunyi di tempat tersebut bagi membuka kunci pintu utama tempat itu.
Dengan sejumlah 5 nombor bagi kod itu, setiap nombor yang dijumpai, dua pasukan itu perlu bermain satu permainan bagi membolehkan mereka memulakan perlumbaan tersebut. Pasukan yang kalah perlu menerima hukuman dan pasukan yang menang pula boleh mendahului perlumbaan itu. Setelah semua nombor itu telah dijumpai oleh salah satu daripada dua pasukan itu, mereka perlu menghampiri pintu masuk utama tempat itu dan memasukkan kod berdasarkan kombinasi nombor yang mereka percaya ia adalah betul. Pasukan yang dapat menyelesaikan kod tersebut dahulu dianggap pemenang dan dibenarkan keluar dari tempat mereka berlumba manakala pasukan yang kalah perlu menjalani hukuman di dalam tempat itu.

Episod 2-5
Gary
Bagi episod dua hingga lima, dua pasukan dibentuk dan mereka perlu bersaing bagi mencari tabung khinzir emas yang diisi dengan wang dimana ia disorokkan di dalam suatu tempat dan mereka perlu mengambil bahagian dalam permainan dalam usaha untuk memenangi lebih banyak wang. Pada akhir setiap episod, pasukan dengan duit yang lebih banyak diumumkan sebagai pemenang dan pasukan satu lagi pula perlu menjalani hukuman. Wang terkumpul oleh dua pasukan itu akan didermakan atas nama pasukan yang menang. Penonton juga boleh mengundi di laman sesawang rasmi Running Man bagi meneka antara pasukan yang manakah mereka percaya akan menjadi pasukan yang menang. Penonton bertuah yang menekanya dengan betul dibenarkan untuk mempunyai namanya di dalam pendermaan itu.

Episod 6-10
Haha
Dalam episod 6 hingga 10, format permainan yang konsisten digunakan dimana dua pasukan bersaing untuk mendapatkan Running Man Balls ("Bola Orang Berlari") yang paling banyak (disingkatkan kepada Running Balls di episod berikutnya). Running Balls diberikan kepada pasukan yang menemui bola dan ia juga diberikan kepada individu yang memenangi suatu permainan, yang menerima bola itu dimana ia bersesuaian dengan warna pasukannya (sama ada biruatau merah).[7] Setiap permainan dan perlumbaan disebut sebagai misi dan ia adalah seperti yang berikut:
  • Misi 1 menampilkan permainan berkaitan dengan sesebuah tempat (tempat mereka bertanding). Sebelum ini, Permainan Zon Gambar diadakan di setiap tempat mereka beradu.
  • Misi 2 pula adalah misi perlumbaan.
  • Misi 3 dikenali sebagai Masa Senggang untuk Secawan Teh. Misi ini telah dihentikan selepas episod sepuluh disebabkan oleh kontroversi.[8]
Misi 4 adalah Sukan Pasukan Pagi. Misi ditayangkan sepenuhnya dalam episod enam dan hanya sorotan dipaparkan dalam episod tujuh disebabkan kekangan masa.

Episod 11-25
Kim Jong Kook

Pada episod 11, ahli Running Man dan tetamu tidak lagi berpecah kepada dua pasukan utama kecuali semasa misi perlumbaan, dengan pasukan yang lebih kecil atau bermain secara individu bagi misi yang lain. Setiap orang secara individu memperoleh Running Balls di sepanjang misi dan bola dipilih selama segmen mesin loteri yang mewakili individu yang merupakan pemenang malam ini. Format misi juga diubah dan ia adalah seperti berikut:
  • Misi 1 adalah Cabaran 1 lawan X.
  • Misi 2 adalah Mencari Pencuri. Dari episod lima belas, misi ini diubah kepada permainan yang berbeza berkaitan dengan sesuatu tempat.
  • Misi 3 adalah misi perlumbaan iaitu Sorok-sorok Loceng.
Bagi episod lapan belas, hanya mereka yang tidak memperoleh Running Balls sama sekali dihukum sepanjang malam.

Episod 26-43
Lee Kwang su
Bermulanya episod 26, misi perlumbaan Sorok-sorok Loceng telah diganti dengan misi Mencari Tetamu. Para ahli dan tetamu dikunci dalam suatu tempat dan mereka perlu mendapatkan Running Balls untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman. Melalui satu siri misi, ahli Running Man dibahagi kepada beberapa pasukan dan/atau secara individu yang memperoleh Running Balls. Format misi untuk episod 26 hingga 43 ialah:
  • Misi 1 merupakan misi perlumbaan, Mencari Tetamu. Bagi episod 39 hingga 41 pula ialah Mengejar Running Man.
  • Misi 2 pula menampilkan permainan yang berkaitan dengan tempat mereka bermain.
  • Misi 3 adalah cabaran Satu Peluang, dimana ia dimainkan pada episod 27 hingga 31.
Jika ramai anggota Running Man tidak mempunyai Running Balls, mereka secara automatik dihukum dan undian tidak dilakukan. Jika mereka berjaya dalam misi Satu Peluang, mereka kesemuanya terlepas daripada hukuman tanpa mengira berapa banyak Running Balls yang mereka peroleh.

Episod 44-47
Song- Ji Hyo
Dari episod 44 hingga 47, pekerja tempat ahli Running Man berlawan mengundi yang mereka percaya akan menjadi pemenang dalam keseluruhan permainan dan menjadi penyokong kepada pasukan/ahli yang mereka pilih. Pasukan ditentukan oleh pemenang misi perlumbaan, yang menerima Running Ball pertama dan dua pasukan kemudiannya berlawan untuk mendapatkan lebih banyak Running Balls melalui misi yang berjalan selama dua hari (dua episod). Format misi adalah seperti berikut:
Ji-Suk Jin
  • Misi 1 adalah misi perlumbaan iaitu Mencari Tetamu.
  • Misi 2 memperkenalkan misi yang berkaitan pekerja tempat mereka bermain.
  • Misi 3 pula adalah misi perlumbaan yang kedua.
  • Misi 4 menampilkan misi berkaitan dengan tempat.
Pasukan dengan Running Balls terbanyak diumumkan sebagai pemenang dan penyokong mereka (pekerja yang mengundi) pula menerima bonus daripada bos mereka.



Mengapa Zizan Ganti Malique Dalam Video – Aku Maafkan Kamu?

:) ‘Aku Maafkan Kamu’ oleh Raja Pop, Jamal Abdillah kolaborasi bersama penyanyi rap, Malique? Memang lagu tu sedap didengar dan penuh bermakna liriknya. Kalau belum dengar, kami sertakan di bawah ini. Memang peminat Jamal terubat dengan single dari Jamal ini. Tetapi langit tidak selalu cerah apabila timbul pula kesukaran apabila Malique enggan memberikan kerjasama setiap kali menerima undangan persembahan.

Menurut Jamal, Malique, enggan tampil di tempat umum, melainkan urusan penting sahaja. Jamal terkilan dan terpaksa mencari pengganti Malique bagi mempromosikan lagu barunya itu.
“Tanpa Malique, saya sukar untuk menyampaikan lagu ini kerana ia adalah kolaborasi kami bersama. Saya pun tidak tahu mengapa dia enggan tampil di khalayak umum. Ini menjadi masalah bagi saya setiap kali persembahan. Sebab itulah, saya perlu mencari pengganti Malique. Saya berusaha untuk cari rapper, lain tapi kebanyakannya tidak sama dengan teknik rap seperti Malique. Semuanya mempunyai sebutan keras, tidak selembut Malique. Oleh sebab itulah, saya terpaksa mendapatkan khidmat pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak, untuk menggantikan Malique menerusi klip video lagu tersebut.”
Tidak hairanlah, kalau anda lihat video single itu di bawah, menampilkan Zizan sebagai pengganti Malique. Terjawab sudah tanda tanya kami sebelum ini. Sudah tentu Malique ada alasan tersendiri. Mungkin aktiviti belakang pentas yang memerlukan pengorbanan. Maklumlah, Malique sibuk dengan Qarma Musiq Sdn. Bhd kepunyaannya.Lebih-lebih lagi tengah sibuk buka syarikat ini di Bali. Pepandai je meneka. Kita nantikan jawapan Malique kenapa enggan berkerjasama dengan Jamal nanti ya.
Walaubagaimanapun, hairan juga tiada hitam putih termeterai ke sebelum kerjasama dilakukan? sudah bekerjasama rakam lagu takkan persembahan sorang-sorang. 

Sejarah Mengapa Berlaku Tragedi Di Sabah

:)
1. Semasa penyertaan Sabah ke dalam Malaysia dahulu, Filipina dan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya pembentukan ini. Di pihak Filipina, mereka berasakan mereka ada hak ke atas Sabah dan pihak Indonesia tidak berpuas hati kerana kegagalan mereka untuk membentuk Indonesia Raya.
2. Indonesia telah membuat slogan ‘Ganyang Malaysia’ yang menyaksikan pencerobohan ke atas Malaysia seperti peristiwa Kalabakan contohnya. Mereka dapat berbuat demikian kerana kuasa ketenteraan Indonesia pada ketika itu sangat kuat.
3. Filipina pula tidak membuat pencerobohan ke atas Malaysia, kerana kuasa ketenteraan mereka yang tidak berapa kuat pasa masa itu. Namun kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Marcos amat-amat tidak bersetuju apabila Sabah menyertai Malaysia pada 1963.
4. Tuntutan ini berdasarkan kepada perjanjian antara Sultan Brunei dan Sultan Sulu. Sultan Brunei akan memberikan Sabah kepada Sultan Sulu jika berjaya menumpaskan pemberontak yang memberontak di Sabah satu ketika dahulu.

5. Malaysia bagaimanapun menentang sekeras-kerasnya tuntutan ini kerana Baron de Overbeck telah ‘memajak’ Sabah daripada  Sultan Sulu sebelum menyerahkan Sabah kepada British East India Company. Sabah kemudian Merdeka dan menyertai Malaysia setelah mendapat kemerdekaan daripada British.
6. Anda boleh cari di internet berkaitan dengan pajakan Sabah daripada Sultan Sulu ini.
7. Berbalik kepada pemerintahan Marcos tadi. Pentadbiran Marcos akhirnya merancang untuk membuat kacau-bilau di Sabah menggunakan kuasa komando pada tahun 1967. Mereka tidak menyerang secara terus, tetapi membuat kekacauan dari dalam yang akan merugikan Sabah pada masa itu.
8. Kekacauan ini diberi nama Operasi Merdeka. Operasi ini membabitkan hampir 200 orang berbangsa Islam Moro yang berumur 18-30 tahun  daripada Sulu dan Tawi-Tawi. Ada sumber yang mengatakan, seramai 300 orang. Kerajaan Marcos menjanjikan kepada mereka yang terpilih dengan ganjaran yang lumayan seperti elaun bulanan, senjata dan diterima masuk menjadi ahli kepada tentera elit Filipina.
9. Sekitar Ogos hingga Disember 1967, pemuda-pemuda ini menjalani latihan di Simunul, satu tempat di Filipina. Komando ini dinamakan Unit Jabidah.
10.  Pada 30 Disember, mereka dibawa ke Pulau Corregidor di Luzon untuk menjalani lagi latihan-latihan intensif oleh tentera Filipina. Di sini mereka telah dicuci dan dihasut (brain-wash) untuk membuat kekacauan di Sabah atas arahan Presiden Marcos.
11.  Namun mereka menyedari sesuatu perkara yang tidak kena dengan operasi ini. Mereka baru tahu yang mereka digunakan oleh Presiden Marcos untuk membunuh saudara seagama dan mungkin sebangsa dengan mereka di Sabah. Pada masa yang sama, elaun bulanan mereka pun indah khabar dari rupa.
12. Mereka meminta untuk pulang ke tempat kelahiran mereka setelah mereka merasakan yang mereka ditipu oleh Presiden Marcos namun mereka sudah terlambat.
13. Mereka merancang untuk melarikan diri daripada tempat latihan mereka dan pada 18 March 1968, mereka berjaya melarikan diri namun dikesan oleh Tentera Filipina. Mereka diserang dan ditembak bertalu-talu yang mengakibatkan hampir semua mereka ini mati di tempat kejadian. Namun dalam banyak-banyak mereka ini, ada yang terselamat. Dia berjaya melarikan diri dari pulau ini setelah terjun dari bukit dan terus ke laut. Beliau terpaksa berpaut pada sebatang kayu dan terapung di lautan. Beliau akhirnya diselamatkan oleh nelayan yang berhampiran.
14. Kebenaran tentang Tragedi Corregidor atau pembunuhan besar-besaran ini akhirnya terbongkar juga. Pelajar Islam yang berbangsa Moro di Manila telah membuat tunjuk perasaan di hadapan kediaman presiden. Tidak diketahui sebenarnya jumlah Unit Jabidah ini. Ada yang kata 300 orang, terselamat seorang, ada yang kata 180 orang.
15. Tidak lama kemudian, Presiden Marcos digulingkan kerana didapati membunuh saingan politiknya di Filipina. Sebenarnya ada banyak versi mengenai cerita ini. Apapun, Al-Fatihah kepada Unit Jabidah ini.



Kini : 1 Mac 2013

   :Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. "Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa. Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Difahamkan, dua anggota komando yang terkorban itu dikenali sebagai Inspektor Zulkifli Mamat  dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 (G/17984 Skuad 2.2006) .

Mayat Tentera Pemberontak Sulu

Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu semalam. 

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan. 

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur. 
 
 pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas. 

Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu. 

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan orang anggota polis terkorban dan 32 penceroboh terbunuh. 

Dua anggota komando polis VAT 69 terkorban Jumaat lepas dalam serangan di Kampung Tanduo manakala enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna