Tweet

Nuffnang Ads

Monday, February 25

Sains Dan Kepercyaan

         Manusia dilahirkan dengan kepercayaan, semenjak kecil lagi kita di ajar mengenai agama. Dengan itu manusia menjalani kehidupan dengan berlandaskan agama. Agama lah yang membentuk segala kejadian di bumi ini. Apabila sains telah banyak mempengaruhi segala kehidupan manusia. Manusia menjadi lupa diri dan tidak mempercayai adanya tuhan yang mencipta mereka. Sains membuatkan tidak wujud kehidupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana adanaya taleskop dan microskop melihat benda yang melihat objek yang sangat jauh dan membolehkan manusia melihat benda yang terkecil sekali. Sains juga membuatkan manusia tidak takut adanya hari akhirat @ JudgementDay. Sains mencipta teori pelanggaran meteor sebagai penamat bagi manusia. Kehabisan sumber sehingga sains boleh membantu manusia mencari planet yang boleh  di diami untuk membantu manusia agar terus selamat jika bumi telah hancur.
Sains juga membolehkan mencipta benda hidup seperti robot ada juga yang berjaya mencipta klon manusia yang juga hidup seperti manusia biasa.

tidak hairanlah manusia lupa untuk sujud kepada tuhan kerana mereka menggangap itu hanya cerita dongeng  untuk yang memerlukan peraturan.  Kehidupan akhir zaman diketahui  merupakan golongan manusia yang sangat cetek agama. Apa yang dilihat masyarakat kita pada masa ini  menjadi hamba kepada kemodenan  sains menyebabkan banyak manusia yang lupa diri kadangkala aku juga jika berlaku kesusahan dan nasib tidak menyebelahai aku. Aku marah dengan tuhan kerana  tidak ada bersama ketika aku memerlukan.
Aku beragama Islam dan aku  juga diasuh sebagai mana orang islam lain diasuh. Nabi Muhammad S.A.W nabi yang terakhir diutuskan Allah S.W.T. Aku tahu baik dan buruk perbuatan tetap diberi balasan.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan hati untuk mempunyai perasaan. Akal dan hati mesti seiring untuk menjadi seorang manusia yang baik. Akal dan nafsu menjadikan manusia lupa diri. Apa yang wujud hari ini hanya manusia yang berfikir melalui nafsu. jika kita sedar, kita haruslah yakin apa yang kita percaya. Setiap agama mendorong manusia untuk mentaati kekuasaan pencipta dan menyatukan keamanan. Semua agama ada balasan setiap tindakan baik dan buruk yang dilakukan. Manusia akan mencipta pengakhiran adalah melalui manusia sendiri yang menggunakan akal dan nafsu untuk mencapai kepuasan yang tidak akan puas sampai bila-bila.
Sekian.