Tweet

Nuffnang Ads

Wednesday, January 30

Kota Emas

:) Assalammualaikum..

Lama juga aku tidak memblogging... teda mood nak update bloggerni... lagi pun tiada cerita yang aku nak masukkan dalam blog ni. Copy paste story yang menarik pun tiada apa yang best. Ahad lalu adalah satu acara yang dianjur oleh golongan belia. Iaitu Treasure Hunt. Ramai juga yang turut hadir dalam acara tersebut dan hadiahnya juga lumayan. Tapi treasure hunt tu bukan la mencari harta karun dalam hutan, tapi seperti acara Amazing race kerana setiap perjalanan ada kuiz dan mesti menyelesaikan kuiz tersebut barulah dibenarkan ke destinasi seterusnya. Aku bukanlah salah seorang peserta, tapi pada awalnya aku memang salah seorang peserta juga. disebabkan masalah teknikal, terpaksalah aku tarik diri dari acara itu.



  Sebut pasal Treasure Hunt, aku tertarik dengan cerita National Treasure yang menceritakan tentang wujudnya Kota Emas. Pelbagai klu-klu yang menarik dibuat untuk mencari jalan untuk mengetahui lokasi Kota Emas tersebut. Semua Pembayang- pembayang tersebut merupakan hasil sejarah yang sukar diperolehi untuk menyiasat pembayang yang telah disimpan. Malah dalam cerita tersebut khazanah-khazanah itu terpaksa diambil dengan pelbagai risiko.Hingga melibatkan sistem pertahanan yang tertinggi iaitu "secret book of President" . Bahkan wujudkah tidak buku itu pun tidak diketahui.


      Dalam usaha mereka mencari The city Of Gold tersebut. Mereka banyak menjumpai lambang Mason.
Ini menceritakan kita tentang Sejarah kekayaan Amarika di bawah kuasa pengaruh organisasi Freemason yang sangat patuh pada kuasa Dajjal. Begitu jelas sekali Organisasi ini sangat bijak menyimpan rahsia mereka sehinggakan pelbagai pembayang yang dibuat untuk mendapatkan harta tersebut. Malah Pembayang-pembayang yang mereka simpan semuanya merupakan khazanah yang dimiliki oleh Amarika. sehinggakan terdapat pembayang yang tersembunyi di meja President Amarika Di rumah Putih (White House) dan ini menunjukkan kuasa Amarika ternyata telah lama di pimpin oleh kuasa Mason. Tidak hairanlah Amarika itu sebagai kuasa besar yang mempengaruhi seluruh dunia. Mereka sendiri yang menunjukkan kepada kita tentang penguasaan organisasi Mason di Amarika. Mereka juga menunjukkan khazanah dan sejarah telah dipadam oleh mereka sendiri untuk menyesatkan umat manusia. Kenapa mereka perlu menyembunyikan khazanah dunia itu? Perlukah mereka menyembunyikan khazanah tersebut dengan pembayang yang sukar di hurai?. Sehinggakan menggunakan sistem keselamatan yang tinggi untuk mendapatkan pembayang yang seterusnya. 

  Aku bukanlah percaya tentang kewujudan kota emas yang di ceritakan dalam cerita itu. Tapi, kenapa rakyat mereka yakin masih ada khazanah dunia yang tersembunyi @ disembunyikan. Kalau benar-benar organisasi mason menyembunyikan khazanah itu. Apakah yang mereka sembunyikan?. kebenaran?. kekayaan?. Jika hanya emas semata-mata. Cerita itu hanya angan-angan bagi orang amarika yang tidak memiliki emas berbanding negara-negara lain. Jika Freemason menyembunyikan kebenaran. Holywood adalah sumber tepat yang membuka mata kita untuk menghurai sendiri kegiatan freemason yang menutup kebenaran sejarah dunia yang telah mereka cipta sejak berabad dahulu.

  Baiklah, sampai disini dahulu entri saya untuk kali ini.Diharap pembaca dapat memikirkannya sendiri. Aku bukan mengatakan pendapat aku ini betul. Terpulang kepada pembaca untuk memikirkan apa yang berlaku di sekeliling kita. Sekian.

Peace yoo~ XD