Tweet

Nuffnang Ads

Wednesday, January 2

Neg Hammadi

 Perpustakaan Neg hammadi

:) 
Nag Hammadi dikenal sebagai tapak penemuan 13 naskah berbentuk buku (kodeks) pada Desember 1945. Naskah-naskah itu dikubur dalam sebuah kapal dan ditemukan oleh para petani setempat. Teks-teks yang tertulis dalam naskah-naskah ini ternyata sebahagian besar isinya adalah tulisan-tulisan gnostik. Naskah-naskah ini disembunyikan di sini oleh para biarawan biara Santo Pachomius yang terletak tak jauh dari sana karena kepemilikan naskah-naskah ini dilarang dan dianggap bidah.
Naskah-naskah kodeks ini ditulis dalam bahasa Koptik meskipun karya-karya yang terkandung di dalamnya kemungkinan besar merupakan terjemahan dari bahasa Yunani. Karya paling ternama kemungkinan besar adalah Injil Tomas. Koleksi Nag Hammadi merupakan satu-satunya koleksi yang mengandung salinan terlengkap.

Hammurabi

:)

Hammurabi merupakan raja Dinasti Pertama di negara kota Babylon, setelah mewarisi tampuk pemerintahan daripada ayahandanya, Sin-Muballit sekitar 1792 SM. Babylon merupakan salah sebuah negara kota kuno yang bertaburan di dataran Mesopotamia dan berperang dengan satu sama lain demi menguasai tanah pertanian yang subur.Biarpun wujudnya pelbagai budaya di Mesopotamia, namun kebudayaan Babylon disanjung tinggi oleh golongan celik huruf di seluruh Timur Tengah. Raja-raja yang memerintah sebelum Hammurabi sudah pun mulai memantapkan penguasaan kawasan tengah Mesopotamia di bawah hegemoni Babylonia. Sewaktu awal pemerintahan Hammurabi, negeri-negeri Borsippa, Kish, dan Sippar telah ditawan.[6] Oleh itu, Hammurabi naik takhta selaku raja negara kecil di tengah keadaan geopolitik yang rumit. Kerajaan Eshnunna yang kuat menguasai kawasan hulu Sungai Tigris sementara negeri Larsa menakluki kawasan delta sungai tersebut. Di sebelah timurnya terletaknya kerajaan Elam. Di utara pula, Shamshi-Adad I sedang berperang untuk meluaskan pengaruh, walaupun kemangkatannya secara tiba-tiba akhirnya memecah-belahkan empayar Semitik yang baru dikuasainya.
Puluhan tahun pertama pemerintahan Hammurabi agak tenteram. Hammurabi menggunakan kuasanya untuk menjalankan kerja-kerja awam, termasuk meninggikan tembok kota untuk pertahanan, serta meluaskan kuil. Pada sekitar 1801 SM, kerajaan Elam yang merentangi laluan perdagangan yang penting merentas Pergunungan Zagros, menyerang dataran Mesopotamia. Dengan sekutu-sekutu di kalangan negeri-negeri dataran, Elam menyerang dan menjatuhkan empayar Eshnunna dengan memusnahkan beberapa buah bandar serta mengenakan penguasaan ke atas sebahagian dataran buat kali pertama. Untuk memantapkan kedudukannya, Elam cuba berperang dengan kerajaan Babylon pimpinan Hammurabi serta kerajaan Larsa. Hammurabi dan raja Larsa berganding bahu dan berjaya menumpaskan kerajaan Elam, biarpun Larsa tidak banyak menyumbang pada usaha perang. Oleh sebab murka dengan kelalaian Larsa menolongnya, Hammurabi berpaling tadah dengan Larsa lalu menguasai seluruh kawasan hilir dataran Mesopotamia menjelang tahun 1763 SM.
Oleh sebab Hammurabi dibantu oleh sekutu-sekutunya dari utara sewaktu berperang di selatan, kekurangan askar di utara menimbulkan huru-hara. Sambil meluaskan pengaruhnya, Hammurabi beralih ke arah utara untuk meredakan huru-hara lalu menumpaskan Eshnunna. Selepas itu, tentera Babylon menakluki negeri-negeri utara yang masih tinggal, termasuk bekas sekutu Babylon iaitu Mari, walaupun barangkalinya 'penaklukan' Mari ini sekadar penyerahan diri tanpa persengketaan Dalam beberapa tahun sahaja, Hammurabi berjaya menyatukan seluruh Mesopotamia di bawah tampuk pemerintahannya. Di kalangan semua negeri di kawasan berkenaan, hanya Aleppo dan Qatna di kawasan barat kekal merdeka.Bagaimanapun, sekeping prasasti buatan Hammurabi telah ditemui di Diyarbekir, yang mana beliau menggelar diri sebagai "Raja Amorit".[18]
Ditemuinya sejumlah besar batu bersurat kontrak yang bertarikhkan zaman pemerintahan Hammurabi dan pewaris-pewarisnya, serta 55 pucuk surat tulisan baginda sendiri. Surat-surat ini menyuratkan sekilas pandang pancaroba dalam memerintah sebuah empayar, baik berdepan dengan banjir mahupun menitahkan pembetulan takwim, ataupun menjaga ternakan Babylon yang besar jumlahnya. Sekitar 1750 SM, Hammurabi mangkat dan mewariskan tampuk kuasa kepada anakandanya, Samsu-iluna.


Hammurabi terkenang terutama sekali kerana mengisytiharkan suatu undang-undang yang baru di Babylon, iaitu Kod Hammurabi. Ini merupakan antara undang-undang bertulis yang terawal di dunia, terukir pada sekeping prasasti dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan orang ramai, biarpun dipercayai bahawa tidak ramai yang celik huruf. Prasasti itu kemudiannya dijarah oleh Elam dan dibawa ke ibu kotanya, Susa; ia ditemui semula di situ pada tahun 1901 dan kini disimpan di Muzium Louvre di Paris. Kod Hammurabi mengandungi 282 baris undang-undang yang ditulis oleh katib pada 12 keping batu bersurat. Berbeza dengan undang-undang tempatan yang terdahulu, Kod Hammurabi ditulis dalam bahasa Akkad, iaitu bahasa seharian Babylon, dan oleh itu boleh dibaca oleh sesiapa yang celik huruf di kota itu.
Struktur kanun ini amat terperinci, yang mana setiap kesalahan dikenakan hukuman yang tertentu. Hukuman-hukumannya agak kejam jika dibandingkan dengan zaman sekarang, yang mana banyak kesalahan dikenakan hukuman mati, pencacatan, atau falsafah "mata ganti mata, gigi ganti gigi". Hukum ini juga merupakan salah satu contoh terawal gagasan anggapan ketakbersalahan yang turut menyiratkan bahawa yang tertuduh dan penuduh diberi peluang untuk mengemukakan bukti. Bagaimanapun, tiadanya peruntukan untuk hal keadaan peringan untuk mengubah hukuman yang ditetapkan.


Di bawah pemerintahan pewaris-pewaris Hammurabi, Empayar Babylon dilumpuhkan oleh tekanan daripada tentera Hittite yang menjarah Babylon sekitar 1531 SM .Bagaimanapun, yang menakluki Babylon pada akhirnya merupakan Kassit yang memerintah Mesopotamia selama 400 tahun, sambil mengekalkan sesetengah unsur kebudayaan Babylon, termasuk undang-undang Hammurabi.
Atas bakti Hammurabi sebagai penggubal undang-undang, gambaran wajahnya terdapat di sesetengah bangunan kerajaan di Amerika Syarikat. Hammurabi adalah salah satu daripada 23 orang tokoh perundangan terkenal yang terukir pada timbulan bes marmar di bilik persidangan Dewan Perwakilan di Kapitol Amerika Syarikat. Juga terdapat sebuah friz oleh Adolph Weinman yang menggambarkan "penggubal undang-undang teragung dalam sejarah", termasuk Hammurabi, di tembok selatan Bangunan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

735 Nombor Malaikat (fahaman Barat)

:)Nombor 735 adalah gabungan tenaga dan sifat-sifat nombor 7, 3 dan 5. Nombor 7 membawa getaran mistik kebangkitan rohani dan pencerahan, kebijaksanaan dalaman dan dalaman Mengetahui, bernasib baik dan kegigihan tujuan. Nombor 3 menambah ciri-ciri semangat keyakinan dan kegembiraan, dan komunikasi dan ekspresi diri. Nombor 3 juga bergema dengan Masters naik. Nombor 5 meminjamkan pengaruh perubahan kehidupan utama, serba boleh dan pelbagai, keberanian, motivasi dan peluang-peluang baru yang menguntungkan.


Bilangan Malaikat 735 adalah mesej dari malaikat anda bahawa anda telah berjaya menampakkan perubahan kehidupan utama yang bagi anda untuk mengambil kesempatan penuh. Sikap yang positif dan jangkaan anda telah membawa mengenai keadaan bertuah dan situasi baru dalam hidup anda, dan malaikat anda menggalakkan anda untuk membuat sebahagian daripada mereka.


Bilangan pengulangan 735 menunjukkan bahawa pilihan kehidupan dan perubahan penting yang berlaku dalam hidup anda berlaku atas sebab-sebab yang menarik dan telah dibentangkan untuk membantu anda dengan tujuan hidup Ilahi dan misi jiwa. Tahu bahawa semua pergi ke pelan Ilahi.


Tanya malaikat atas bimbingan dan bantuan apabila anda berasa keperluan dan memberi apa-apa ketakutan, kebimbangan atau kebimbangan kepada langit untuk penyembuhan dan transmutasi. Percaya bahawa anda sedang disokong dan disayangi oleh alam malaikat dan rohani.

Aiman Zafran : Aku mula Mengenal ramai kawan di Sekolah.




:) Semangat budak ni awal pagi tadi pertama kali memakai bag sekolah entah apa yang dia bayangkan 1st time ke sekolah pra-tadika... Mungkin dia semangat untuk berkawan dan bermain banyak mainan macam mama dia cerita...

apa2 pun... Pakcik harap Semangat Aiman akan terus berkekalan.. Semoga Aiman kenal ramai kawan-kawan dan bergembira... Harap Aiman x buli budak2 perempuan d sekolah o.k?..!!

k..kalau ada cerita Pasal Aiman Zafran Pakcik akan masuk dalam entri pakcik lagi.. Bye ^^!


Oh.. ya.. tinggal la Auni seorang2 dirumah... tiada la yg jaga Auni kan kalau abg Aiman Sekolah?..

(Auni lena tidur seharian tiada di rumah.. tenang tiada yang kacauuuu.. hahaha)

Tahun 2013

:) Assalammualaikum~


    Dengan izin tuhan.. kita sekarang berada di tahun 2013. setelah pelbagai cerita yang di tempuh tahun 2012. Dengan azam dan matlamat anda yang baru pada tahun ini.. akann menjadikan diri anda lebih baik dari tahun lalu.


    semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang baik untuk diri~ aku masih kaku untuk memulakan cerita dalam ruangan ini.. semoga akan kembali.. bye~ ~

RAhSia NotAfraid


Intro

Korang nak dengar rahsia tak korang?
Kalau cerita korang jangan cerita orang
Janji dulu
Korang tak kan pecah lobang
Jangan pasal korang ku sakit sorang

You can try and read my lyrics off of this paper before I lay 'em
But you won't take the sting out these words before I say 'em
Cause ain't no way I'ma let you stop me from causing mayhem
When I say I'ma do something I do it,
I don't give a damn what you think,
I'm doing this for me, so fuck the world
Feed it beans, it's gassed up, if it thinks it's stopping me
I'ma be what I set out to be, without a doubt undoubtedly
And all those who look down on me I'm tearing down your balcony
No ifs, ands or buts, don't try to ask him why or how can he
From "Infinite" down to the last "Relapse" album
He's still shitting, whether he's on salary paid hourly
Until he bows out or he shits his bowels out of him
Whichever comes first, for better or worse
He's married to the game, like a fuck you for Christmas
His gift is a curse, forget the Earth, he's got the urge
To pull his dick from the dirt, and fuck the whole universe

Pada satu masa tak lama dulu
Orang mula berhijrah ke hutan batu
Ada lelaki dan ada wanita
Ada yang cari nama ada yang cari harta

Verse 1
Ada minah ni namanya rahsia
Binti apa entah tak pernah bertanya
Keluarga entah kenalnya di kota
Kata dari sini tipu dengan lorat desa

It was my decision to get clean, I did it for me
Admittedly, I probably did it subliminally
For you, so I could come back a brand new me you helped see me through
And don't even realize what you did, believe me you
I been through the ringer, but they could do little to the middle finger
I think I got a tear in my eye, I feel like the king of
My world, haters can make like bees with no stingers
And drop dead, no more beef flingers
No more drama from now on, I promise
To focus solely on handling my responsibilities as a father
So I solemnly swear to always treat this roof, like my daughters
And raise it, you couldn't lift a single shingle on it!
Cause the way I feel, I'm strong enough to go to the club
Or the corner pub, and lift the whole liquor counter up
Cause I'm raising the bar
I'd shoot for the moon but I'm too busy gazing at stars
I feel amazing and I'm

Duduk rumah sewa 6 jahanam jadi kawan
3 tak kerja 3 lagi shif malam
Gaduh dengan 2 hal dato kumis nipis
Dia kenal dulu mereka yang dapat kikis
Takpe orang kaya banyak
Cuba skali 3 4 hidup mesti tamak

Nampak anak Tansri umur jauh muda
Janji kereta 500 kuasa kuda
Erm dengar ada botol sauh
Ada burung putih besar boleh terbang jauh
Cincin gelang rantai ada loket
Betina mana tengok tak terjoget

Rumah atas bukit kamar bercahaya
Kamera disorok boleh ambil gambar rahsia
Tunjuk kengkawan semua puji ketawa
Baru tau orang kaya tak boleh percaya

Ha ha ha
Ha ha ha
Baru tau orang kaya tak boleh percaya
Cerita terjadi
Cerita
Cerita terjadi
Ceritakan

Verse 2 

Okay quit playing with the scissors and shit, and cut the crap
I shouldn't have to rhyme these words in the rhythm for you to know it's a rap
You said you was king, you lied through your teeth, for that
Fuck your fillings, instead of getting crowned you're getting capped
And to the fans, I'll never let you down again, I'm back
I promise to never go back on that promise, in fact
Let's be honest, that last "Relapse" CD was ehhh
Perhaps I ran them accents into the ground
Relax, I ain't going back to that now
All I'm trying to say is get back, click-clack, blow
Cause I ain't playing around
It's a game called circle and I don't know how, I'm way too up to back down
But I think I'm still trying to figure this crap out
Thought I had it mapped out but I guess I didn't, this fucking black cloud
Still follows, me around but it's time to exorcise these demons
These motherfuckers are doing jumping jacks now!


Ada 1 hero melayu namanya juga rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media masa
Asal boleh masuk tv dia mesti buat
Awek tengok jambu lelaki tengok meluat
Ceritarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

Jalan nak berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis

Jakun jadi pelakon ke makan malam
Dinner show nyanyi orang tak paham
Tapi datin muda tengok geram sangkut
Dato outstation datin apa lagi angkut

Yeah, it's been a ride
I guess I had to, go to that place, to get to this one
Now some of you, might still be in that place
If you're trying to get out, just follow me
I'll get you there

Terima kasih power root
Rahsia diterima
Kalau sudi lagi boleh main gila

Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Dato pegi London muka pucat bila balik
Bini buncit sikit tau dia tak boleh naik

Nak jadi terkenal harus pandai main api
Rahsia tinggal rahsia tak kan masuk tv lagi
Rahsia tak kan masuk tv lagi
Rahsia tinggal rahsia tak kan masuk tv lagi



And I just can't keep living this way
So starting today, I'm breaking out of this cage
I'm standing up, I'ma face my demons
I'm manning up, I'ma hold my ground
I've had enough, now I'm so fed up
Time to put my life back together right now! (now)


 



                                                                                               

Its that Kau Yang Punya...~ Dedicated to : Oz~B

  #SOmething I kasih missing XD...

 direct to da intro :-
   
    Bertukar pandangan, senyum
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung                                                                  
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

  Kerjaku memang kejam

  punca matamu tak boleh kejam
  bermalam, bukan berjam
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope...

                                                                                                                                        By : Hk

yOUtUBE AUTO PLAY ON BLOG~

  1. COPY LINK YANG AKU COPY NI :
<embed width="225" height="25" allowscriptaccess="always" type="application/x-shockwave-flash" src="MASUKKAN LINK URL DISINI?fs=1&hl=en_US&autoplay=1"></embed>


                                                2.  SELEPAS ITU PERGI KE YOUTUBE.COM

                                       CONTOH : http://www.youtube.com/watch?v=t_mWmtIIWNg

                                                        
                                                   3. SEKARANG DELATE INI -->  watch?v=
                                               
                                    4. SELEPAS DELATE  watch?v= GANTI DENGAN YANG INI  v/ 

   5 . SELEPAS TU KORANG PANDAI-PANDAI LA NAK PASTE KAT HTML BLOG KORANG

       <embed width="225" height="25" allowscriptaccess="always" type="application/x-shockwave-flash"  src= http://www.youtube.com/watch?v/t_mWmtIIWNg?fs=1&hl=en_US&autoplay=1"></embed>

GOOD LUCK~!! ^^
  

YANG INI.. AKU MANUAL PLAY K.. KENA TEKAN BUTANG PLAY KALAU NAK DENGAR > KALAU XDAPAT.. CUBA LAGI     ^.^!

 

70 000 Hijab ~

:) 70 000 Hijab ~

Alam keseluruhannya dinamakan alam kejadian atau alam makhluk atau segala sesuatu yang Allah ciptakan daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya. Makhluk kejadian Allah boleh dibahagikan kepada tiga peringkat alam.
1:  Alam Syahadah
2:  Alam Misal
3:  Alam Arwah.

Alam Syahadah adalah benda dalam erti kata yang luas. Jangan menyangka sesuatu yang jauh dan tidak dapat dipandang dengan mata kasar itu sebagai bukan benda. Jika bintang merupakan benda yang paling jauh kelihatan pada pandangan kita, yang lebih jauh daripada bintang dan tidak dapat dipandang juga termasuk dalam kumpulan kebendaan. Benda atau jisim boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1:  Jisim yang boleh dilihat dan dipegang
2:  Jisim tipis yang ditembusi pandangan (transparent)
3:  Jisim halus yang ghaib.

Ketiga-tiga jenis jisim tersebut boleh didapati di dalam Alam Syahadah. Alam Syahadah pula boleh dibahagikan kepada empat peringkat alam.
1:  Alam Langit Dunia
2:  Alam Bumi
3:  Alam Langit-langit
4:  Alam al-Kursi Yang Agung.
ALAM LANGIT DUNIA
Satu bahagian kecil daripada alam ini ialah planet bumi di mana tinggal di atasnya makhluk yang berbangsa manusia. Planet bumi bersama-sama bulan dan planet-planet yang lain berada di dalam satu tingkatan alam yang dinamakan Sistem Matahari. Pada mulanya ahli astronomi menyangkakan matahari menjadi pusat kepada alam. Penemuan kemudiannya menunjukkan matahari hanyalah sebiji bintang di antara jutaan bintang-bintang. Apabila ilmu astronomi semakin maju manusia menemui maklumat bahawa kumpulan bintang-bintang yang sangat banyak membentuk satu galaxy. Ahli astronomi membuat anggaran terdapat kira-kira satu ratus ribu juta bintang dalam galaxy yang ada planet bumi. Bintang-bintang berpusing mengelilingi satu pusat yang dipanggil Pusat Sistem Galaxy. Ahli astronomi membuat kiraan dan mendapati matahari kita mengambil masa 225 juta tahun untuk mengelilingi Pusat Sistem Galaxy satu pusingan.
Di samping galaxy yang terkandung planet bumi terdapat pula galaxy-galaxy lain. Bintang-bintang bagi setiap galaxy mengelilingi Pusat Sistem Galaxy masing-masing. Ada ahli astronomi membuat kiraan dan menganggarkan terdapat kira-kira 10 ribu juta galaxy semuanya.
Ukuran di antara bintang-bintang dan galaxy-galaxy tidak lagi diukur dengan kiraan batu atau kilometer, tetapi digunakan sukatan tahun cahaya. Cahaya bergerak selaju 186,000 batu satu saat. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak matahari kita dengan bintang yang paling hampir ialah 4 ¼ tahun cahaya.
Tiap galaxy bergerak dengan kelajuan yang berbeza. Galaxy yang dekat dengan kita lambat pergerakannya sementara yang lebih jauh lebih pantas pergerakannya. Pada jarak tertentu galaxy tidak kelihatan lagi kerana ia sudah lebih laju daripada cahaya lalu membawa cahayanya bersama-sama dan tidak mungkin lagi cahaya tersebut sampai ke bumi. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak di mana galaxy membawa cahaya bersama-samanya ialah tidak kurang daripada 13 ribu juta tahun cahaya. Inilah perbatasan ahli astronomi yang dapat dicapai melalui bantuan teleskop yang paling canggih. Kesemua galaxy tersebut berada di dalam satu alam yang bulat dan mengembang seumpama belon yang ditiupkan angin ke dalamnya.
Hasil penemuan melalui teleskop melahirkan teori-teori untuk menceritakan keadaan galaxy-galaxy selepas batas teleskop. Timbullah istilah Group, Metagalaxy, Teragalaxy dan sebagainya, sehingga sampai kepada yang tanpa batas (infinity).
Teori-teori tersebut adalah bersifat mungkin dan agak-agak sahaja. Walaupun bersifat mungkin dan agak-agak tetapi bila disandarkan kepada sains dan teknologi manusia umum dapat menerimanya sebagai kebenaran. Malangnya teori yang dibuat oleh ahli agama berdasarkan kitab ilmu alam yang paling jitu yang ‘ditulis’ sendiri oleh Pencipta alam, tidak dapat diterima umum kerana tidak saintifik. Sains siapa yang lebih hebat di antara sains yang menghidupkan orang ‘mati’ dengan memasukkan darah dan memindahkan organ dengan sains yang membangkitkan orang yang di dalam kubur hanya dengan berkata, :”Bangunlah kamu dengan izin Allah”. Sesungguhnya sains “Dengan izin Allah” tidak dapat dicabar dan tidak mungkin dicabar oleh sains manusia buat selama-lamanya. Oleh itu apabila sains manusia mengaku kalah berpindahlah kepada sains “:Dengan izin Allah”. Pasti keterangan yang lebih lanjut dan jelas dapat diperolehi.
Ahli agama yang mendapat sains “Dengan izin Allah” dinamakan ahli al-hak, ertinya pakar yang sebenarnya. Ada juga kalangan masyarakat menamakan mereka sebagai manusia kebenaran atau orang kebenaran. Malangnya pula manusia kebenaran ini dianggap sebagai orang yang ‘betul bendul’. Tertutuplah rahsianya sebagai ahli sains yang hakiki dan tidak adalah orang yang bertanyakan perkara sains kepadanya.
Penghulu kepada sekalian ahli al-hak, Nabi Muhamamd .s.a.w, telah menjelajah ke seluruh alam maya sehingga ke puncak yang paling tinggi, yang tidak ada lagi alam kejadian selepas itu. Baginda s.a.w menceritakan apa yang baginda saksikan. Cerita yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi pedoman bagi ahli al-hak yang lain untuk mencungkil rahsia alam maya, seterusnya membina teori alam maya berdasarkan keterangan Rasulullah s.a.w dan penyaksian mereka sendiri. Bertaburanlah maklumat tentang alam maya yang telah dikeluarkan oleh manusia-manusia kebenaran yang tidak pernah mempelajari sains dan tidak tahu istilah-istilah sains. Mereka menggunakan istilah mereka sendiri. Timbullah teori bumi berada di atas tanduk lembu. Lembu pula berada di atas belakang ikan nun. Lembu memakan rumput yang tumbuh di atas belakang ikan. Apabila lembu bergerak berlakulah kegoncangan di atas bumi. Mendengar teori yang demikian orang terus menutup telinga, tidak masuk akal, Israiliyat dan karut. Padahal teori itu dikeluarkan oleh seorang yang diperakui ilmunya oleh Rasulullah s.a.w kerana baginda sendiri mendoakan agar mengurniakannya ilmu dan kefahaman. Beliau adalah Ibnu Abbas r.a.
Apabila ahli nujum membuat teori mengenai bintang 12, di antara 12 bintang tersebut ada dua bintang yang dinamakan lembu dan ikan. Ada pengaruh mempengaruhi di antara bintang lembu dengan bintang ikan dan juga bintang-bintang lain kepada penduduk di atas muka bumi. Teori ahli nujum tersebut diterima dengan penuh yakin sehingga boleh dikatakan semua orang tahu bintangnya masing-masing. Mereka boleh percaya kepada bintang lembu dan ikan yang dikatakan oleh ahli nujum tetapi menolak perkataan ahli kasyaf yang dapat menyaksikan apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Kita kembali kepada Alam Langit Dunia. Kita mulai dari satu planet yang bernama bumi di mana kita tinggal di atasnya. Planet yang kita tinggal ini dinamakan bumi kerana kita mendiaminya. Jika kita mendiami bulan maka bulanlah bumi kita. Jika kita mendiami matahari maka mataharilah bumi kita. Jadi, maksud bumi adalah relatif. Yang menjadi identiti bumi ialah ia berada di dalam satu kerangka. Bagi planet bumi kita banjaran gunung-gunung menjadi kerangka. Gunung di atas bulan menjadi kerangka bulan.
Apabila planet bumi yang kecil ini berada di dalam satu kumpulan yang mengandungi berjuta-juta bintang ia dinamakan galaxy. Terdapat banyak galaxy sehingga sampai kepada satu peringkat semua galaxy tersebut berada di dalam satu kerangka. Seperti di planet bumi kerangka galaxy juga dinamakan gunung. Ia diistilahkan sebagai Gunung Qaf. Gunung Qaf merupakan satu alam yang luas yang terdapat di dalamnya banyak galaxy. Di samping Gunung Qaf yang planet bumi ada di dalamnya terdapat enam Gunung Qaf yang lain. Jumlah Gunung Qaf semuanya adalah tujuh. Tujuh Gunung Qaf itu berada atau terapung-apung di dalam ruang angkasa yang luas yang dikelilingi oleh satu bulatan yang dinamakan Langit Dunia atau Langit Rendah atau Langit Pertama.
Apabila planet bumi sudah menjadi terlalu kecil dibandingkan dengan kewujudan yang lain, konsep bumi itu pun berubah. Pada peringkat ini satu alam di dalam satu Gunung Qaf dinamakan satu bumi. Tujuh Gunung Qaf menjadi tujuh bumi. Terdapat tujuh bumi yang dilengkungi oleh Langit Dunia. Seluruh alam di dalam Langit Dunia ini dinamakan Alam al-Mulk. Jika istilah  Alam al-Mulk dirasakan tidak sesuai maka boleh juga digunakan istilah Universe. Begitulah keadaan Universe yang digambarkan oleh ahli al-hak berdasarkan penyaksian mata hati mereka.
ALAM BUMI
Langit Dunia, iaitu langit pertama merupakan permulaan Alam Malakut Bawah yang dinamakan juga Alam Barzakh, tempat roh yang meninggalkan jasad berhenti sementara menunggu ditiup sangkakala. Langit Dunia dengan segala isinya menjadi satu alam kecil terapung di dalam ruang angkasa alam Langit Kedua. Begitulah keadaannya sehinggalah sampai ke alam Langit Ketujuh.
Selepas Langit Ketujuh terdapat satu tingkat Alam Ghaib, bukan lagi Alam Syahadah. Alam Ghaib ini terdiri daripada benda juga Cuma ia ghaib daripada pancaindera. Bahagian pertama daripada Alam Ghaib ini dinamakan Sidratul Muntaha. Sidrat bermakna pokok bidara dan muntaha bermakna yang penghabisan. Sidratul Muntaha bermakna pokok bidara yang penghabisan. Ia merupakan satu tingkat alam yang menjadi perbatasan, tempat berhenti perjalanan dan ilmu makhluk yang dari alam atas dengan alam bawah. Apa sahaja yang datang dari bawah terhenti di Sidratul Muntaha dan apa sahaja yang turun dari atas juga terhenti di Sidratul Muntaha. Hanya yang mendapat keizinan dapat menyeberangi perbatasan ini.
Peristiwa mikraj menceritakan, “Kemudian baginda s.a.w sampai ke langit ke tujuh…tiba-tiba didapatinya Nabi Ibrahim a.s…Kemudian aku (Nabi Muhamamd s.a.w diangkat ke Sidratul Muntaha. Tiba-tiba kelihatan buahnya seperti tempayan dan daunnya seperti telinga gajah”.
Pada planet bumi kita ada pulau-pulau seperti tempayan dan semenanjung seperti telinga gajah. Alam Sidratul Muntaha juga mempunyai ciri-ciri yang demikian.
Pada bahagian tengah Sidratul Muntaha terdapatlah Baitul Makmur yang menjadi pusat pentadbiran alam bawah. Di bahagian atas Sidratul Muntaha terdapat satu lagi bahagian Alam Ghaib yang dinamakan al-Kursi berbentuk empat persegi. Seluruh alam maya yang diperkatakan hingga kini berada di dalam ruang alam al-Kursi yang ghaib ini. Al-Kursi pula menjadi alam yang kecil di dalam ruang alam Arasy ar-Rahman, yang masih lagi di dalam peringkat Alam Ghaib. Di bawah daripada Arasy ar-Rahman terdapat satu kumpulan syurga tujuh tingkat: Darul Jalal, Darussalam, Jannatul Ma’wa, Jannatul Khuldi, Jannatul Na’im, Jannatul Firdaus dan Jannatul ‘Adn.
Di kanan Arasy ar-Rahman terdapat pula sempadan yang memisahkan alam yang di atasnya dengan alam yang di bawahnya, dinamakan Sidratul Muntaha kedua. Arasy ar-Rahman dan Sidratul Muntaha kedua berada di dalam ruang angkasa bulatan Alam Syahadah semula yang dinamakan al-Mastawa. Al-Mastawa bukan lagi Alam Ghaib tetapi alam nyata. Pada keliling permukaan al-Mastawa terdapat Loh Mahfuz yang padanya al-Qalam menulis perintah Allah.
Al-Mastawa dengan segala isi kandungannya berada dalam satu bulatan alam yang juga Alam Syahadah, yang dinamakan Bumi Rendah atau Bumi Pertama. Alam Bumi Pertama ini dikelilingi oleh tiga lapisan alam. Lapisan pertama dinamakan Alam Laut. Lapisan Kedua dinamakan Alam Angin. Lapisan ketiga dinamakan Alam Kegelapan. Semuanya berada di dalam ruang angkasa Bumi Kedua. Bumi Kedua berada di dalam ruang angkasa Bumi Ketiga dan Begitulah seterusnya hingga ke Bumi Ketujuh.
Semua peringkat alam sehingga alam Bumi Ketujuh berada di dalam ruang angkasa bulatan alam yang dinamakan Alam Gunung Kemurkaan. Alam Gunung Kemurkaan berada di dalam bulatan alam yang dinamakan Alam Lautan Kegelapan. Di dalam Alam Lautan Kegelapan di bawah Alam Gunung Kemurkaan terdapat an-Nar atau neraka. Ada tujuh tingkat neraka: Jahannam, Sa’ir, Luzi, Huthamah, Jahim, Saqar dan Hawiyah.
Alam Lautan Kegelapan dikelilingi oleh lapisan alam yang dinamakan Alam Kegelapan. Di dalamnya terdapat Sijjin, penjara tempat disimpan roh-roh dan catatan amalan orang-orang kafir. Mengelilingi Alam Kegelapan ialah Alam Gunung Pendakian. Alam Gunung Pendakian dengan segala isinya berada di dalam kerangka yang dinamakan juga Gunung Qaf. Semua peringkat alam yang diperkatakan hingga kini termasuklah Gunung Qaf terakhir ini diistilahkan sebagai Alam Bumi. Ia masih di dalam peringkat Alam Malakut Bawah atau Alam Barzakh.
ALAM LANGIT-LANGIT
Alam Bumi bergerak pada satu lakaran mengelilingi satu pusat yang dinamakan Kalbu Langit-langit. Selepas lakaran pusingan Alam Bumi ada pula tujuh lakaran lain, menjadikan lapan lakaran semuanya. Pada lakaran pertama hanya Alam Bumi berpusing mengelilingi Kalbu Langit-langit. Pada lakaran kedua terdapat 70,000 bulatan alam-alam mengelilingi Kalbu Langit-langit. Begitu juga pada lakaran ketiga sehingga lakaran ke lapan. Bulatan alam pada tujuh lakaran selepas lakaran Alam Bumi tersebut dinamakan Alam Langit-langit tujuh lapis. Alam Langit-langit ini sangat indah dan menjadi syurga Barzakh yang sekarang didiami oleh para malaikat. Ini adalah kumpulan syurga yang kedua, jua mempunyai tujuh tingkat dan memakai nama yang sama seperti syurga kumpulan pertama.
Selepas lakaran pusingan Alam Langit-langit ada satu lagi lakaran yang ke sembilan. Pada lakaran yang ke sembilan ini terdapat dua belas buah bulatan alam yang juga mengelilingi Kalbu Langit-langit. Alam yang dua belas ini dinamakan Buruj Alam Atas.  Dan diberi nama mengikut lambang malaikat yang memerintah pada setiap alam tersebut: biri-biri, lembu, kembar dua, ketam, singa, gadis, neraka, busur panah, kambing, timba dan ikan. Begitulah nama 12 Buruj Alam Atas.
Sebenarnya terdapat juga Buruj Alam Bawah, iaitu bintang-bintang tertentu dalam Langit Dunia yang menjadi tempat pengawalan malaikat, menjaga supaya tidak ada syaitan yang dapat naik ke atas untuk mencuri maklumat dari alam atas. Mana-mana syaitan cuba menceroboh akan dipanah dengan panah api. Buruj Alam Atas pula bukanlah bintang tetapi adalah 12 buah alam yang sangat luas.

Planet bumi tempat kita tinggal ini apabila ia berpusing satu pusingan pada paksinya terjadilah satu hari. Apabila ia berpusing satu pusingan mengelilingi matahari terjadilah satu tahun matahari. Alam Bumi yang besar di dalam Alam Barzakh itu apabila berpusing satu pusingan di atas paksinya satu hari Alam Bumi yang dinamakan Hari Allah, bersamaan dengan satu ribu tahun matahari.
“Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. (Surah al-Hajj, ayat 47).

Ukuran kelajuan pada peringkat ini bukan lagi kelajuan cahaya tetapi kelajuan malaikat, nur yang jauh lebih seni daripada sebarang cahaya yang diketahui.
“”Malaikat dan roh naik kepada-Nya pada satu hari yang kadar ukurannya lima puluh ribu tahun”. (Surah al-Ma’arij, ayat 4).
Satu hari perjalanan malaikat bersamaan lima puluh ribu tahun matahari.
Kalbu Langit-langit memancarkan nur keseluruh alam-alam di sekelilingnya. Nur yang dipancarkan itu adalah ilmu Allah. Malaikat katibun menerima pancaran tersebut dan menulisnya di Loh Mahfuz dalam Alam Bumi.
AL-KURSI YANG AGUNG
Semua alam-alam yang diperkatakan sehingga ini berada di dalam ruang angkasa al-Kursi al-A’dzam (al-Kursi Yang Agung), yang menjadi batas terakhir Alam Syahadah. Alam selepas al-Kursi Yang Agung ini adalah Alam Ghaib yang dinamakan Alam Misal.
2: ALAM MISAL
Alam Syahadah yang berbataskan al-Kursi Yang Agung dengan segala isinya berada di dalam ruang angkasa Alam Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang Megah), yang sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. Rasulullah s.a.w memberi gambaran tentang keluasan al-Arasy al-Majid, “Hai Abu Zar. Langit yang tujuh dan bumi yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir luas, dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas pula. Lebihnya al-Arasy daripada al-Kursi seperti lebihnya padang pasir yang luas daripada sebentuk cincin tersebut”.
Di bawah al-Arasy al-Majid terdapat pula sempadan yang memisahkan makhluk alam bawah daripada makhluk alam atas. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke tiga. Al-Arasy al-Majid mempunyai 18,000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang terdapat gugusan alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. Syurga kumpulan ini dinamakan Jannatul Firdaus Atas. Ia merupakan salah satu syurga yang tidak binasa bila berlaku kiamat. Syurga Jannatul Firdaus Atas  menjadi sempadan terakhir Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah. Al-Arasy al-Majid yang di dalamnya terkandung Alam Barzakh, sudah termasuk di dalam peringkat Alam Malakut Atas.
Al-Arasy al-Majid mengelilingi satu pusat, pada satu lakaran. Pusat yang dikelilingi oleh al-Arasy al-Majid ini dinamakan Kalbu Alam. Lakaran pusingan al-Arasy al-Majid merupakan salah satu daripada seribu lakaran. Pada setiap lakaran itu terdapat satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid. Jadi, terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Alam-alam tersebut dinamakan alam Arasy-arasy. Kalbu Alam menjadi pusat dan menguasai Arasy-arasy tersebut.
Al-Arasy al-Majid sama dengan Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam yang dinamakan Alam Hijab. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini berada di dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula, berlapis-lapis sehingga 70,000 lapis bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan Hijab Nur Putih. Kemudian ia diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang lain, hinggalah kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat mengandungi 70,000 lapisan Hijab. Peringkat terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan, yang juga terdiri daripada 70,000 lapisan. Peringkat Hijab Ketunggalan berakhir dengan lapisan Hijab yang dinamakan Hijab Hamparan Emas.
Alam-alam bermula daripada al-Arasy al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas merupakan syurga yang dinamakan Iliyyun. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat seperti syurga-syurga yang lain. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan orang-orang yang beriman yang baik-baik.
Di atas permukaan Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke empat.
Seluruh alam yang dinyatakan sehingga ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan al-Arasy al-Karim (al-Arasy yang mulia). Ia menjadi batasan terakhir Alam Misal.
Manusia yang berada dalam Alam Syahadah di planet bumi, lebih-lebih lagi yang terkongkong dengan alam jasad, hanya memandang kepada yang zahir atau nyata sahaja. Akal fikirannya sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam Misal. Tetapi bagi seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk ke dalam Alam Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut, dan mendapati Alam Misal adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa, seperti Alam Syahadah juga. Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi nyata dan boleh berinteraksi dengannya. Jika ada kerusi di dalam alam ghaib itu maka kerusi tersebut boleh diduduki. Jika ada buah-buahan di sana maka buah-buahan tersebut boleh dimakan. Begitu juga air yang ada di sana.
Jisim tipis dalam Alam Misal dipanggil an-Nuur. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang sangat murni. Ia juga merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam Alam Syahadah. Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan, ada yang cair seperti air dan ada yang padat seperti tanah dan logam. Tetapi ia lebih murni, lebih indah dan lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah.
3: ALAM ARWAH
Peringkat terakhir Alam Misal ialah al-Arasy al-Karim, selepasnya bermula pula Alam Arwah (Alam Roh). Pada Alam Arwah terdapat juga alam-alam Hijab. Seluruh al-Arasy al-Karim bersama-sama segala isi kandungannya berada di dalam bulatan sejenis Alam Hijab yang lebih ghaib dan lebih seni. Ada beberapa peringkat Alam Hijab dalam Alam Arwah. Setiap peringkat ada 7,000 lapis Hijab. Lapisan pertama daripada Alam Hijab itu dinamakan Hijab Permata.

Hadis mengenai mikraj menceritakan, “Hingga aku sampai pada Hamparan Emas. Kemudian aku maju lagi bersama malaikat wakil Hijab Hamparan Emas terus ke Hijab Permata, lalu mengetuk-ngetuknya. Berkata malaikat di belakang Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia menjawab, ‘Tuan punya Hijab Hamparan Emas dan ini Muhammad Rasul Rabbil ‘Izzati’. Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Ia pun menghulurkan tangannya dari bawah Hijab dan meletakkan daku di hadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain hingga aku melampaui 70,000 Hijab, tebal tiap-tiap Hijab 500 tahun”.
“Maka meluncurlah bersamaku malaikat itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Ia mengetuk pintu Hijab. Berkata malaikat dari sebalik Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia berkata, ‘Saya tuan punya Hamparan Emas. Ini Muhamamd Rasul al-‘Arabi bersamaku.’ Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku dihadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”.
Semua lapisan Alam Hijab bermula selepas al-Arasy al-Karim merupakan syurga-syurga yang dipanggil secara tunggal dengan nama Darul Khulud, negeri yang abadi. Ia juga mengandungi tujuh tingkat dengan tujuh nama seperti syurga-syurga yang lain. Jannatul ‘And merupakan syurga yang paling tinggi, paling besar dan paling indah. Di dalamnya ada Syajaratul Thubi, pokok thubi, yang terdapat padanya satu syurga yang menjadi induk bagi semua syurga, dinamakan Darul Qarar, negeri ketetapan.

Di atas Jannatul ‘And adalah al-Arasy al-‘Adzim, arasy yang besar. Ia dinamakan juga al-Arasy al-Muhith, arasy yang meliputi, maksudnya meliputi seluruh alam makhluk. Al-Arasy al-‘Adzim merupakan bulatan terakhir atau kerangka yang paling luar bagi seluruh alam kejadian, alam makhluk atau apa sahaja yang Allah ciptakan. Al-Arasy al-‘Adzim mengandungi 70 juta lapisan kulit-kulit yang di antara satu kulit dengan kulit yang lain terdapat ruang angkasa. Al-Arasy al-‘Adzim dijadikan daripada nuur, jisim yang bersifat nurani, lagi seni dan tinggi. Hadis menceritakan tentang nuur al-Arasy al-’Adzim, “Diliputi pada tiap-tiap hari oleh seribu warna dari nuur”.
“(Diliputi) 70,000 warna dari nuur, tiada dapat dipandang kepadanya oleh seorang pun dari makhluk”.
“Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam keadaan) ia telah merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari) dan lebih kurang lagi”.
Meskipun nuur al-Arasy al-‘Adzim itu sangat kuat namun, orang yang mencapai makam yang tinggi pada sisi Allah dapat mendekatinya tanpa terjadi apa-apa dan mendapatinya suatu jisim alam yang sangat indah, tiada bandingannya.
Di bawah al-Arasy al-‘Adzim ada pula Loh Mahfuz yang kedua. Catatan yang tertulis di sini diambil oleh malaikat dan diturunkan kepada Kalbu Alam yang kemudian memancarkannya kepada Alam-alam Arasy, termasuklah al-Arasy al-Majid. Dari al-Arasy al-Majid ia diturunkan pula kepada Kalbu Langit-langit yang kemudiannya dipancarkan kepada Alam Langit-langit termasuklah Alam bumi di dalam Alam Barzakh. Begitulah salah satu      cara perintah Tuhan turun seperingkat demi peringkat hingga sampai kepada masing-masing yang telah ditentukan.
Di bahagian atas al-Arasy al-‘Adzim yang paling luar dan paling  tinggi terdapat satu alam yang besar dan indah dinamakan Qubah. Ia merupakan tempat yang paling tinggi dalam seluruh alam makhluk. Qubah ini merupakan syurga yang lebih indah daripada syurga-syurga yang lain. Ia juga terdiri daripada tujuh peringkat syurga seperti syurga-syurga yang lain.

Di dalam alam Qubah yang besar ini, pada bahagian yang paling atas, terdapat satu Qubah yang lebih kecil yang terdiri dari Permata Putih, berupa seperti sebuah mahligai yang besar terapung di ruang angkasa Qubah besar. Qubah Permata Putih ini merupakan tempat terakhir perjalanan mikraj Rasulullah s.a.w.
Qubah besar menjadi pusat pentadbiran alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana bagi Qubah besar.
Apabila dilihat kepada keseluruhan alam makhluk maka bahagian yang ada Qubah itu diisyaratkan sebagai bahagian atas. Jika dibandingkan dengan sebiji buah maka Qubah itu adalah umpama tampuk yang menentukannya sebagai bahagian atas dan lawannya sebagai bahagian bawah.
Hingga kepada al-Arasy al-‘Adzim yang terdiri daripada 70 juta lapisan dengan Qubah di bahagian atasnya, maka tamatlah perbicaraan mengenai Alam Malakut Atas dan berakhir juga ilmu manusia tentang alam. Al-Arasy al-‘Adzim itulah kerangka alam. Ia adalah sebesar-besar makhluk. Seluruh alam atau kejadian yang Tuhan jadikan berada di dalamnya. Sekaliannya dinamakan Alam sahaja, atau dinamakan juga Alam Kejadian atau Alam Makhluk atau A’yan Luar atau al-Mumkinat (segala yang mungkin) atau Alam Yang Baharu atau Yang Selain Allah. Semuanya menggambarkan apa yang termasuk di dalam kalimah “KUN” (jadilah kamu).

Jisim dalam Alam Arwah bersifat latif atau halus atau murni atau terlebih ghaib. Insan yang tinggi makamnya pada sisi Allah memasuki alam yang terlebih ghaib ini dan mendapati alam ini sama seperti Alam Syahadah juga, berjisim dan berbentuk benda dalam bebagai-bagai keadaan yang boleh disaksikan dan dirasa. Jadi, seluruh alam, iaitu Alam Syahadah, Alam Misal dan Alam Arwah merupakan alam  benda  yang jika diizinkan boleh disaksikan samada dengan pancaindera ataupun dengan hati. Hati insan bersifat nurani, sama seperti sifat Alam Malakut. Kekuatan pancaran nuurnya boleh menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi untuk menyaksikan dan memperolehi makrifat tentang Alam Makhluk atau Alam Kejadian.
“Orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia beroleh nuur dari Tuhannya”. (Surah az-Zumar, ayat 22).
“Allah jualah nuur bagi semua langit dan bumi”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Perumpamaan nuur-Nya seperti sebuah lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita. Pelita itu berada di dalam kaca. Kaca itu bagaikan bintang berkilau-kilauan. Dinyalakan dari pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan bukan dari barat. Hampir minyaknya mengeluarkan cahaya dengan sendirinya biarpun tidak disentuh api”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Nuur di atas nuur”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya”. (Surah an-Nuur, ayat 35). PENUTUP
Bagaimana ahli al-kasyaf menyaksikan alam yang begitu luas dan jauh? Adakah dia perlu menaiki sejenis kenderaan dan terbang ke seluruh alam maya untuk menyaksikannya? Nabi Muhamamd s.a.w telah menaiki boraq dan mengembara ke seluruh alam di bawah bumbung Langit Dunia (Langit Pertama). Kemudian baginda s.a.w mikraj menggunakan tangga yang dihulurkan dari alam atas seumpama lif yang dibawa turun dari tingkat atas. Tetapi boraq hanya untuk kegunaan nabi-nabi tidak bagi manusia biasa, walaupun seorang yang kasyaf. Namun, Allah s.w.t mempunyai caranya sendiri untuk memperlihatkan alam ciptaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Cuba kamu pandang kepada sebuah bangunan. Kamu dapat melihat bangunan tersebut kerana ada cahaya dari sumber cahaya iaitu matahari. Cahaya matahari menerpa ke arah bangunan itu lalu membawa seluruh bangunan tersebut kepada mata kamu. Mata kamu juga bercahaya sebagai persediaan untuk menerima pancaran cahaya matahari yang datang. Jika mata kamu terpejam atau berselaput tidak mungkin cahaya matahari boleh memasukinya. Pertemuan cahaya matahari dari atas dengan cahaya mata di bawah melahirkan gambar pada belakang bola mata kamu. Gambar yang tertera pada skrin bola mata kamu itu dalam keadaan terbalik. Otak berperanan membetulkannya kembali. Otak boleh berfungsi sebagai kesan aktiviti akal. Akallah yang melihat bangunan tersebut. Seluruh bangunan yang begitu besar boleh masuk ke dalam akal kamu.
Andainya kamu berada di tempat yang tinggi dan pandangan kamu cukup kuat maka kamu boleh melihat seluruh planet bumi berada di dalam akal kamu. Akal kamu menjadi seperti satu ruang angkasa yang luas yang memuatkan planet bumi. Jika kamu berada pada tempat yang lebih tinggi dan pandangan kamu lebih kuat kamu akan dapat menyaksikan seluruh Alam Syahadah. Begitulah keadaannya hingga kamu dapat melihat seluruh Alam Misal dan Alam Arwah. Jadilah diri kamu seolah-olah satu ruang angkasa yang di dalamnya terapung-apung seluruh alam makhluk.

Jika kamu memandang kepada sebuah bangunan maka bangunan itu yang datang kepada kamu bukan kamu yang pergi kepadanya. Kamu tidak bergerak satu langkah pun. Begitu juga keadaan ahli al-kasyaf yang tidak bergerak dari tikar sembahyangnya namun dia dapat menyaksikan seluruh alam makhluk. Keadaan ini boleh terjadi kerana Allah jualah nuur bagi langit dan bumi. Nuur-Nya juga memancar di dalam kalbu orang mukmin. Nuur di atas nuur. Nuur dari alam atas membawa turun seluruh alam kejadian dan dapat ditangkap oleh nuur di bawah iaitu kalbu orang mukmin. Jadi, kalbu orang mukmin itu meliputi seluruh alam makhluk tanpa dia perlu terbang ke mana-mana.
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya siapa yang Dia kehendaki”.
“Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku”.

Urusan Tuhan, inilah makam terakhir seorang hamba. Tidak ada apa-apa lagi padanya melainkan urusan Tuhan. Apabila dia sudah larut di dalam urusan Tuhan maka urusan Tuhanlah yang memperjalankannya ke seluruh alam maya hingga terdampar ke Sidratul Muntaha. Seterusnya memanjat ke Qubah yang menjadi puncak segala alam kejadian. Tidak ada apa-apa lagi kecuali:
“ALLAH, RABBIL ‘IZZATI!’
Allah jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh.

Salut Dalam Aku ada Hantu !

 

 

#aku ranking nombor satu, tak perlu berburu
gadis kenal nama, datang pusu pusu
yang ada halkum, walaupun cemburu
bila jumpa kita mereka salut
kutoleh kekanan mereka salut
kutoleh ke kiri mereka salut
depan dan belakang mereka salut
bila jumpa aku semua orang salut


jangan panggil aku bro, panggil aku pro
tolong buang senyum sila salut komando
duo atau solo, laju ataupun slow
subjek dan predikatku kombo akal dan telor
nyala balik mancis, mantera belum habis
sambung ackap dengan jin macam tamar jalis
testosterone testarossaku dipanggil
untuk sapu rapper lembut berestrogen kancil hamil
psikotik, skizofrenik, persisnya autistik
gnostic, dia sungguh mistik bila berlinguistik
walau narcissistic, dia artistik dan tulus
qarma, mista malique kapla kultus pulus
satu untuk bass, dua untuk treble
tiga untuk duit buat dengan muzik rebel
jangan tunjuk ajar aku tak akan setuju
sudah hidup cukup lama sudah tau arah tuju
aku ranking nombor satu, salut.

 

#Bukan si botak dari yang terbatu setan nakal-nakal dua personaliti
Tapi bila orang bilang aku ada hantu entah terserah hadiri sendiri
Bila ku datang dia pasti pergi lenyap satu malam satu siang
Roh ada dua jasad dikongsi dia agresif fakul berdiam
Aku pemalu dia pula berlagu tersenyum bila sibuk senyum bila si dua kecil
Dia bangun lalang baju ku nampak jahat ops dia ambil dari situ

Aku lekas marah dia lekas berdarah aku genggam angin dia tumbuk biar kalah

salut sama jeneral dan orang kanannya
malique-ariz macam castro-guevara
jangan lari tapi tabik kalau gerun
lagi bagus kalau tunduk macam askar jepun
lepas tabik hormat jangan jeling jangan pandang
jangan nak biadap kang kusumbat dalam kandang
tiada yang berani mahu cuba langgar pantang
kerna qarma kan sentiasa yang terbaik dari ladang
ranking nombor satu nah siapa mau pangkah?
siapa mau sanggah, siapa mau langkah?
makin hari pengikutku bertambah
pandapat kau bercanggah, pendapatanku bercambah
yeah, peduli pancaroba
semangat berkobar? nah. rapku bernarkoba
jangan tunjuk ajar aku tak akan setuju
sudah hidup suku abad sudah tau arah tuju 


Bulu roma naik aku nampak hitam bila aku pitam dia datang cakap siap
Jangan sambut dengan jampi dia tidak terima ikut mazab rimau raja rama5
 

Oh kiri oh kanan.....

 

Pasti kena tampar hahaha siapa takut lari berani kena campak kenapa kita takut benda yang tidak nampak
Benarkah wujud kalau kita tidak nampak penakut takut benda yang tak nampak
Bila tengok cermin aku takut aku nenek pernah cakap dalam aku ada hantu
Tengok cermin ku takut aku nenek bilang dalam aku ada hantu
Nenekmu pun kan bilang begitu kan dalam kita semua ada hantu

 

mereka suka yang tersirat tak suka yang zahir
banyak mulut tapi tak cukup sirih dan gambir
belum khatam ngaji lagak mahir mahu tafsir
bila tersalah anasir persalahkan ku dan nasir
mereka suka simpla sampai single bunyi jingle
panggil diri bintang aku panggil mereka twinkle (twinkle)
ku eta carinae atau pistol
supernova janji letup sebelum hujung tahun fiskal
4 unit pirelli bantu 8v menujah
belakang 735 senyum kira mulah
hadir asap ungu sama singa dari judah 

 

Disini ada pesta
Datang tak diundang pulang tak di hantar
Dalam aku ada hantu