Tweet

Nuffnang Ads

Sunday, March 24

Adakah Dajjal Penghidap Penyakit Hunter?

:)
Sebelum ini saya ada menerangkan tentang kajian saya mengenai berkemungkinan Dajjal itu berasal dari suku Ashkenazi. Kali ini saya cuba menjangkau teori saya itu ke arah lebih spesifik iaitu rupa bentuknya.

AMARAN : Teori ini hanya sekadar teori, jangan terlalu berpegang kepadanya. Saya memohon agar para pembaca membacanya sekadar pengetahuan sahaja.
Adakah Dajjal Penghidap Penyakit Hunter?
Teori ini agak keterlaluan jika didengar kerana Rasulullah SAW tidak pernah langsung menyatakan Dajjal mengidap sebarang penyakit. Namun kita harus ingat, baginda meninggalkan satu klu (kata kunci) untuk menjelaskan bahawa Dajjal itu mempunyai penyakit yang kronik (pada pengkajian saya).
 Apakah klu tersebut? Klu tersebut boleh dilihat pada hadith di bawah:
Sabda Rasulullah SAW;
 ”Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)
Huraian klu :
Hadith di atas menjelaskan setelah 30 tahun berkahwin barulah ibu bapanya beroleh anak. Dari segi ilmu perubatan, anak yang dikandung oleh wanita yang sudah berusia berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit genetik.
 Risiko Hamil Di Lewat Usia
 Jika merujuk kepada hadith di atas, Rasulullah SAW mengkhabarkan ibu Dajjal melahirkannya pada usia yang lewat. Untuk menyimpulkan teori rupa bentuk Dajjal ini, kita buat andaian ibu bapanya berkahwin pada usia 20 tahun.
 Hadith mengatakan setelah 30 tahun berkahwin barulah mereka beroleh anak. Jadi andaian yang boleh dibuat ialah ibu Dajjal mengandungkannya pada usia 50-an.

Ilmu perubatan moden mengatakan bahawa wanita yang hamil pada usia melebihi 35 tahun berisiko mendapat kandungan bermasalah. Kandungan berisiko mendapat masalah Down Sindrome.
Apakah Down Sindrome? 
Simpton pesakit Down Sindrome hampir sama dengan Sindrom Hunter cuma pesakit Down Sindrome lebih lanjut usia dan ‘rupa fizikal’ mereka lebih baik daripada rupa fizikal penghidap Sindrom Hunter.
Permasalahan Down Sindrome tidak dapat saya kaitkan dengan Dajjal kerana masalah Down Sindrome dihadapi oleh semua masyarakat dunia. Manakala Sindrom Hunter pula lebih menarik untuk dikaji kerana ia hanya menyerang masyarakat Yahudi Ashkenazi.
Apakah Sindrom Hunter?
Nama asal sindorm ini ialah Mucolipidosis IV, ia digelar Sindrom Hunter kerana penyakit genetik ini mula-mula dikenalpasti oleh seorang doktor terkenal iaitu Charles A. Hunter (1873-1955), beliau mula mengkaji secara terperinci pada 1917.
Charles A. Hunter mulanya seorang ahli Fizik, dilahirkan di Scotland. Selepas menjadi doktor, Hunter berhijrah ke Kanada dan mula bekerja sebagai pengamal perubatan di Winnipeg, Manitoba.
Sindrom ini dikenalpasti Hunter sebagai dibawa oleh majoriti wanita-wanita Yahudi dari suku Ashkenazi. Disebabkan itu, penyakit genetik ini lebih cenderung atau majoritinya menyerang kebanyakan golongan lelaki Ashkenazi.
(lihat dalam laman web Albert Enstein Healthcare Network)
Ciri-Ciri Fizikal Dajjal Menurut Hadith
Berikut ialah ciric-ciri fizikal Dajjal seperti yang diterangkan dalam hadith;
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Penyakit Genetik Bangsa Yahudi Ashkenazi
Berikut di bawah adalah senarai penyakit genetik yang diturunkan Allah SWT ke atas bangsa Yahudi Ashkenazi.
  1. Bloom’s Syndrome
  2. Canavan Disease
  3. Cystic Fibrosis
  4. Factor XI Deficiency
  5. Familial Dysautonomia (Riley-Day syndrome)
  6. Fanconi Anemia
  7. Gaucher Disease
  8. Mucolipidosis IV
  9. Niemann-Pick Disease
  10. Non-Classical Adrenal Hyperplasia
  11. Nonsyndromic Hearing Loss
  12. Tay-Sachs Disease
  13. Torsion Dystonia
Amat menghairankan mengapa simptom-simptom dari Sindrom Hunter ini hampir bersamaan dengan tanda-tanda yang diberitahu dalam hadith. Mungkinkah sindrom ini telah lama wujud tetapi tiada pengkajian yang teliti untuk mentafsirkannya.
Adakah Ibu Dajjal Pembawa Sindrom Hunter?
Sabda Rasulullah SAW;
“Ayahnya seorang lelaki bertubuh tinggi, berdaging tidak teratur, berhidung panjang seolah-olah hidungnya adalah paruh burung. Ibunya adalah seorang wanita berbadan besar, bertangan panjang dan berpayu dara besar.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Bakar dari Tarmizi dari Hammand Bin Salamah)
Jika berhujah berasaskan teori rambang ini, saya akan berkatakan YA. Berdasarkan hadith yang disebutkan di atas, ibu Dajjal mempunyai tiga (3) ciri-ciri jelas fizikal.
Gambar di bawah menunjukkan 2 orang perempuan dewasa penghidap Sindrom Hunter.
Kesimpulan
Adakah suku Yahudi lain juga mendapat bala penyakit daripada Allah? Ya, suku Yahudi yang lain juga mendapat penyakit genetik. Namun, penyakit-penyakit yang dihidapi tidak ketara dalam bentuk fizikal seperti suku Ashkenazi.
Teori sama ada Dajjal itu menghidap Sindrom Hunter atau tidak mungkin terlalu spesifik. Dan saya mengharapkan para pembaca tidak berpegang pada teori yang masih samar-samar ini. Kajian ini hanyalah sekadar mencari bukti-bukti berbentuk fakta untuk melihat kebenaran hadith-hadith Rasulullah SAW.

Nabi Isa AKan Muncul

:)

Beratus-ratus laman web dari seluruh dunia menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:

  1. Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.
  2. Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.
  3. Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.
  4. Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.
Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..”
Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.
Ciri-Ciri Manusia Maju
Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:
  • Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.
  • Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.
  • Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.
  • Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.
  • Mengetahui selok-belok tempat di dunia.
  • Dan lain-lain lagi…
Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:
  • Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.
  • Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.
  • Strategi peperangan yang lebih maju.
Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawanmakhluk termaju.
Apa yang perlu dibimbangi?
Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga perkara:
  • Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. Mungkin disebabkan wajahnya telah diubah.
  • Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.
  • Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.
Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.
Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut lebih lama dari yang kita dijangkakan.

Penyiasat Konspirasi Terkemuka : Harun Yahya :



    
Harun Yahya

Beliau bukanlah baru dalam bidang siasatan konspirasi Yahudi. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan antara Conspiracy Investigator (CI) muslim paling terkenal di dunia setakat pengetahuan saya.
Hasil-hasil kerja beliau amat unik malah beliau tidak sahaja menumpu kepada membongkar aktiviti konspirasi Yahudi tetapi banyak makalah-makalah beliau mengajak manusia mengagungkan ciptaan Allah.
Selepas dipenjara atas tuduhan menentang Teori Revolusi Darwin semasa belajar di Turki, beliau banyak menulis tentang kehebatan makhluk-makhluk ciptaan Allah. Setiap huraian dan penerangannya digabungkan bersama fakta sains dengan ayat-ayat al-Quran. Bahasanya mudah, ringkas dan berfakta.
Maka tidak harianlah sebuah hasil kerjanya diterjemah di seluruh dunia dalam lebih 20 bahasa termasuk Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan Amerika.
Beliau amat terkenal sebagai pembongkar dan penentang pertubuhan Zionist dan Freemason di seluruh dunia. Mungkin sifatnya ini yang menyebabkan pihak pengurusan Googel Inc. mengharamkan penggunaan Google Groups kepada Adnan Oktar atau sebarang aktiviti berakaitan dengannya.
Bukan itu sahaja, beliau juga antara CI muslim yang dikategorikan oleh Jewish American Organization (JAO.org) sebagai anti-sematik dan berbahaya kepada Yahudi Zionis.
Nampaknya beliau mengikut jejak langkah Muhammad Isa Dawud digelar sebagai anti-sematik dan berbahaya. Cumanya Muhammad Isa Dawud di banned oleh Anti-Defamation League (ADL.org) lebih awal lagi.
Umur mereka berdua juga hampir sama, kedua-duanya berumur 50-an, cuma Harun Yahya tua setahun daripada Muhammad Isa Dawud iaitu 56 tahun.
Mengapa Harun Yahya Dianggap Berbahaya?
Yahudi amat licik mencari mangsa untuk dihapuskan. Mereka tidak mencari orang-orang awam yang menyertai demonstrasi jalanan menentang zionis, tetapi mereka mencari penusis-penulis buku yang dijangka sebagai racun utama kepada masyarakat.
Buku pertama beliau bertajuk, Judaism and Freemasonry yang diterbitkan pada 1986 telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Freemason aliran sekular di Turki. Akibatnya beliau dipenjara dan dikurung di hospital pesakit mental di Ankara.
Dalam buku itu, beliau mengutuk habis-habisan fahaman agama Yahudi iaitu Judais dan pertubuhan Freemason. Beliau juga menegaskan dalam bukunya bahawa kitab Taurat yang digunakan oleh masyarakat Yahudi sekarang adalah palsu.
Namun tentang dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kurang memberi kesan kerana beliau lahir dari keluarga kaya raya dan elit. Beliau banyak menggunakan wang-wangnya untuk tujuan berdakwah, membuat risalah dan mengedar kepada orang ramai.
Selepas keluar dari penjara pesakit mental itu, Harun Yahya tidak gentar malah berani menentang Yahudi secara terbuka dengan menerbitkan suatu lagi buku kontroversi pada 1996 iaitu Soykurum Yalam (The Holocoust Lie).
Kini Harun Yahya amat terkenal dan berpengaruh ditambah pula kerajaan Turki sekarang dipimpin oleh pemimpin revolusi Islam dari parti AKP, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua mereka mempunyai zaman yang sama dan jihad yang satu.
Harun Yahya dengan jihad ilmu-ilmu sains sosialnya manakala Recep Tayip Erdogan dengan jihad politiknya.
Bilal Philips Vs Harun Yahya
Dalam beberapa ceramah baru-baru ini, Bilal Philips yang juga pendakwah dan penulis beberapa buku berkaitan konspirasi Yahudi menyelar salah satu hasil kerja Harun Yahya iaitu The Atlas of Creation.
Bilal terdapat beberapa ungkapan dalam makalah tersebut yang dipertikaikan oleh Bilal Philips.
Bilal Philips juga mengatakan Harun Yahya ialah seorang pantheist, penyembah berhala dan tidak mempunyai latar belakang sains dalam menerangkan sesuatu berkaitan dunia saintifik. Harun Yahya dianggap hanya sebagai interior designer sahaja dalam dunia saintifik.
Bilal juga menegaskan akan merancang beberapa video untuk mendedahkan pembohongan-pembohongan Harun Yahya (Adnan Okthar)
Pandangan Peribadi Saya
Setakat tarikh ini, dan setakat pengetahuan yang ada, saya masih lagi menyebelahi pandangan Harun Yahya berbanding Bilal Philips. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya kurang bersetuju dengan Bilal malah sangsi dengan beliau:
  • Pertamanya Bilal bermazhab Wahabi dan boleh dianggap pendokong ideologi Wahabi yang ekstrem setaraf dengan Ibnu Baaz. Pendokong Wahabi menolak pandangan para sahabat, tabi tabiin dan ulama mazhab lain.
  • Keduanya, Bilal tidak hidup dalam perjuangan seperti Harun Yahya yang pernah dipenjarakan oleh konco-konco Kamal Attartuk.
  • Ketiganya, Bilal hanya mengkritik buku Harun Yahya yang berkaitan penciptaan Allah tetapi tidak mengkritik buku-buku Harun Yahya yang berkaitan Zionis.
  • Keempatnya, Bilal Philips walaupun mempunyai PhD tetapi telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua ulama ahlul Sunnah adalah syirik pada Jun 2007 di Madison Squere Garden, New York. Ini jelas menunjukkan kependekkan akalnya.
  •  Harun Yahya ditahan polis Turki pada 1986 kerana menentang sekular 
  • Dan akhirnya, Bilal tidak tahu berbahasa Turki. Dan Harun Yahya tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam buku asalnya. Semua makalah Harun Yahya sebenarnya dari bahasa Turki. Apabila diterjemahkan ke bahasa asing maka ketepatan makna akan bergantung 100% kepada penterjemah tersebut.
Harun Yahya ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa Barkikoy, Turki.







Kesimpulan
Apabila berlaku pertembungan dua orang Islam di hadapan masyarakat awam yang berebut memperbetulkan keadaan, harus bagi kita menilai siapakah di antara kedua mereka yang lebih gemar menyelesaikan masalah secara musyawarah berbanding tikam menikam lidah.

Wajah Si Dajjal

:)

(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.
(Gambar 2) Dajjal perlu muncul dengan wajah-wajah seperti ini agar masyarakat dunia menerimanya atau dengan wajah yang lebih cantik.
Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?
Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.
Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.
Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.
Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.
Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?
Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.
Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.
Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalamperiod pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.
Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.
Period kemunculan Dajjal sekarang
Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.
Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.
Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:
“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”(Riwayat oleh At-Tarmizi)
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.
Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.
Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.
Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air;kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan“kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.
Dalil bagi teori ini
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.
Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencairapabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.
Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.
Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?
Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach. (Gambar)
Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?
Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain”yang melantiknya untuk Michael?
(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)
Kemajuan Teknologi Nabi Isa
Artikel sebelum ini saya ada menyentuh tentang Nabi Isa akan diturunkan (bukan muncul) sebagai manusia termaju sesuai untuk melawan Dajjal yang genius itu. Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.
Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.

Wajah dan keturunan Dajjal?

:)


  
                                 (Gambar) Ignatius Loyola, Adam Weishaupt dan David Rockefeller

Wajah-Wajah Yahudi Yang Mengelirukan
Dunia sekarang yang sejak dahulunya dihiasi dengan pelbagai zaman konfrontasi, konflik dan persilisihan menyaksikan terdapat tokoh-tokoh tertentu yang berkuasa di belakangnya.
Tokoh-tokoh ini dikenali masyarakat dunia dan nama-nama mereka termaktub subur dalam buku sejarah dunia. Kesan yang dibawa oleh nama-nama besar ini bukan sahaja dicatat sebagai sejarah semata-mata tetapi mengubah 360 darjah pemikiran masyarakat yang hidup sezaman dengan mereka.
Malah yang paling memeranjatkan, setiap mereka mempunyai fizikal, pengetahuan dan jalan kerja yang 90 peratus hampir sama. Berikut ialah wajah-wajah mereka.
Ignatius Loyola (1491-1556)
Ignatius seorang paderi katholik telah menubuhkan pertubuhan kebajikan katholik yang bernama Jesuit. Jesuit adalah pertubuhan Gereja Katolik Roma. Ia didirikan pada tahun 1534 oleh sekelompok mahasiswa pascasarjana dari Universitas Paris yang merupakan anak murid Ignatius Loyola.
Pada 15 Agustus 1534, Ignatius dan enam murid lainnya. Mereka mendirikan pertubuhan yang bernama Jesuit untuk “melaksanakan pelayanan dan misi di Palestin atau pergi ke mana sahaja tanpa banyak bertanya untuk mengikuti perintah Paus.”
Selain Eropah dan Palestin, Jesuit berkembang dengan pesat di Indonesia. Dan Indonesia sekarang mempunyai penganut kristian berbangsa Melayu yang teramai di rantau Asia.
Dalam sejarah, Ignatius telah membuat perkara-perkara berikut:
• Mengumpul pengikut
• Menubuhkan pertubuhan
• Menggunakan pertubuhan itu mengawal organisasi lain.
Adam Weishaupt (6 Feb 1748 – 18 Nov 1830)
Beliau dilahirkan di Ingolstadt, Perancis dan bekerja sebagai Profesor Undang-Undang di Universiti of Ingolstadt. Weishaupt dikatakan mengamalkan penyembahan kesyaitanan secara sembunyi di universitinya.
Selepas berhenti bekerja dari universiti, beliau menganut (sebelum ini Yahudi) agama Kristian Katholik. Keilmuwannya yang tinggi menyebabkan beliau di lantik sebagai salah seorang paderi di gereja besar Katholik di Perancis.
Jawatannya sebagai paderi digunakan untuk mempengaruhi orang-orang tertentu mengamalkan penyembahan syaitan bersamanya di gereja. Akhirnya, kegiatan sulit Weshaupt diketahui pihak pengurusan gereja. Beliau dipecat selepas itu.
Sejak itu, Weishaupt mula bertungkus lumus menubuhkan gerakan sulit Illuminati. Matlamat Illuminati ialah menubuhkan “One World Government” dengan menggunakan polisi “New World Order”. Pertubuhan ini menguasai 80 peratus pentadbiran poltik dan ekonomi dunia secara rahsia.
David Rockefeller (12 Jun 1915 – sekarang)
Dilahirkan di bandar New York dan merupakan anak bongsu kepada diktator syarikat minyak dunia iaitu John D. Rockefeller. Rockfeller juga mempunyai univerisiti sendiri disamping menguasai 70% telaga-telaga minyak di Arab Saudi, UAE dan Kuwait.
Rockefeller juga adalah pemegang hartanah terbanyak di seluruh dunia. Dikatakan juga di mana pun negara yang pernah mengalami perang akan ada tanah Rockfeller. Majalah Forbes juga mengandaikan 50% kekayaan dunia adalah milik Rockfeller. Manakala 50% lagi adalah kepunyaan Rothschild.
Rockefeller telah menubuhkan suatu pertubuhan berdaftar tetapi mempunyai misi sulit iaitu Trilateral Commission pada 1973. Pertubuhan ini lebih kepada berbentuk forum-forum ekonomi dan pembentangan kertas kerja. Tetapi sebaliknya ia berperanan menguasai ekonomi dunia melalui ahli-ahlinya.
Analisis Kesamaan Tindakan
Hasil penelitian saya mendapati terdapat kesamaan-kesamaan berikut dari segi cara ketiga-tiga orang ini bekerja.
A. Menubuhkan Pertubuhan
  • Ignatius Loyola menubuhkan pertubuhan Jesuit untuk paderi-paderi Katholik seluruh Eropah.
  • Adam Weishaupt menubuhkan Illluminati untuk orang-orang politik seluruh Eropah.
  • David Rockfeller menubuhkan Trilateral Commission untuk tokoh-tokoh ekonomi dan politik seluruh dunia
B. Mengawal Organisasi Lain Melalui Pertubuhan Yang Ditubuh
  • IgnatiusLoyola menubuhkan Jesuit pada 1534 untuk mengawal polisi pentadbiran tertinggi masyarakat Kristian iaitu Gereja Vatican. Sehingga sekarang Vatican dikuasai oleh salah seorang ahli Jesuit yang dikenali sebagai Black Pope.
  • Adam Weishaupt menubuhkan Illuminati pada 1 Mei 1776 untuk mengawal pertubuhan-pertubuhan politik di seluruh Eropah. Sekarang ini, pemimpin-pemimpin parti politik negara-negara berkuasa veto dipercayai adalah ahli Illuminati.
  • David Rockefeller menubuhkan Trilateral Commission pada 1973 untuk mengawal sumber ekonomi dunia. Sehingga sekarang semua sumber ekonomi negara dunia dikuasai ahli-ahli Trilateral Commission.
(Gambar) Lihatlah wajah Black Pope Peter Hans yang dikatakan orang sebenar dibelakang tabir Vatican, tidakkah wajahnya seiras dengan Ignatius dan Rockefeller?
Kesamaan Wajah dan Fizikal
Lihat sahaja 3 wajah di atas dan pasti kita akan melihat kesamaannya. Ketiga-tiga mereka mempunyai bentuk dahi, hidung, mulut dan alis mata yang hampir sama.
Terdapat 3 teori yang boleh dibuat (teori rambang sahaja) berdasarkan Analisis Kesamaan Tindakan dan Kesamaan Wajah ketiga-tiga orang ini:
#Teori 1 : Mereka adalah orang yang sama iaitu Dajjal
Dajjal telah menggunakan teknik pengubahan wajah plastik seperti yang dalam artikel sebelum ini.
(Teori ini kurang kukuh atau langsung tidak kukuh, tetapi saya nyatakan saja sebagai suatu luahan lisan dan berkongsi pandangan)
Namun begitu, teori ini tidak membelakangi hadith yang menyebut tentang kemunculan Dajjal pada akhir zaman. Tiada hadith yang mengatakan Dajjal akan mengisytiharkan dirinya Dajjal di depan orang awam.
#Teori 2 : Mereka dari keturunan ahli keluarga yang sama
Teori ini mungkin lebih tepat kerana Dajjal sudah pasti mempunyai agen-agen yang dipercayai untuk melaksanakan agenda ketuhanannya. Muhammad Isa Dawud juga meyakini tentang peranan agen-agen ini dalam melakukan misi jahat Dajjal.
#Teori 3 : Mereka adalah ahli keluarga Dajjal
Secara logiknya pemimpin sesebuah negara hanya akan mempercayai ahli-ahli keluarganya untuk mencapai kesinambungan pemerintahan. Begitu juga orang yang mahu menguasai orang lain, ahli-ahli keluarga sendirilah yang paling dipercayai untuk menjalankan tugas itu.
Dalam konteks teori ini, Dajjal hanya mempercayai ahli-ahli keturunannya sahaja untuk melaksanakan misinya. Hanya Dajjal yang tahu siapakah ahli-ahli keturunannya kerana dia sudah pun berumur beribu-ribu tahun.
Dajjal mungkin tidak mempunyai zuriat tetapi sudah pasti ibu bapanya mempunyai ahli-ahli keluarga yang lain yang tidak kita ketahui keturunannya.