Tweet

Nuffnang Ads

Wednesday, March 20

Ramadhan di Israel :oleh Ibnuyaacob

:)


Pada 10 Oktober 2008 (Jumaat) lalu, Radio Israel telah menganjurkan suatu pertandingan Kuiz Ramadhan peringkat akhir untuk penduduk-penduduk Islam di Israel. Kuiz tersebut dihoskan oleh Yasser Atila di dalam bahasa Arab. Sebahagian kakitangan radio Israel juga ada yang terdiri dari masyarakat Arab.
(Gambar) Dj Malkah Fleisher – Israel National Radio
Semasa peringkat akhir pertandingan yang diadakan di Jerusalem itu, 8 orang peserta telah terpilih untuk bersaing di peringkat akhir. Lapan orang peserta itu terdiri dari empat orang lelaki dan empat orang wanita.
Kuiz tersebut berkisarkan soalan-soalan berkaitan ibadah wajib dalam Islam, fardhu ain dan amalan-amalan Sunnah. Kuiz Ramdhan itu dimenangi oleh Yusuf Wassaf Agbariyeh iaitu jurutera komputer yang berkhidmat di Tel Aviv dengan jumlah hadiah sebanyak USD2,765.
(Gambar) Dj Yishai Fleisher – Israel National Radio.
Atas sambutan yang menggalakkan itu, pengarah urusan Radio Israelbercadang membuka satu lagi kuiz yang sama iaitu berkaitan kitab Injil dan Talmud. Objektif utama adalah mempromosikan perpaduan budaya ketiga-tiga agama itu di Israel.
Minoriti Islam di Israel
Di Israel juga terdapat penduduk Islam yang bermaustatin di sana. Mereka adalah penduduk asal yang menetap sebelum kedatangan rombongan Aliyah tajaan pertubuhan Zionis antarabangsa.
Penduduk asal minoriti Islam yang tinggal di Israel masih mengamalkan bahasa Arab, budaya Arab dan syariat Islam. Sehingga kini ianya masih kekal walaupun terdapat sedikit diskriminasi agama oleh kerajaan Zionis.
Pengaruh masyarakt asal Islam di Israel ini amat kuat hubungan sosialnya khususnya dengan imigran-imigran Yahudi yang datang dari negara-negara Timur Tengah.
Pengaruh ini dapat dilihat pada wang kertas Israel sendiri yang meletakkan ungkapan Bank of Israel dalam bahasa Arab. Tulisan arab kekal sejak mula Zionis memerintah hinggalah ke hari ini.
(Gambar) Matawang Israel bernilai 10 Shekel.

Tugasan Obama



:)


FASA PENYERAHAN TUGASAN PERANG

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.
Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.
Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.
Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.
Presiden Baru Dengan Misi Baru
Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.
Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.
Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”
Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.
Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.
Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.
Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam
  1. George H.W. Bush (1989 – 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
  2. Bill Clinton (1993 – 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 1998) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
  3. George W. Bush (2001 – 2008): Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)
Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.
Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaituDr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.
Takrifan Tugasan Baru Obama
‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.
Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baruyang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?
 
(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld
Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.
Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.
Obama dan Israel
Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai ‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.
Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.
Dalam ucapannya Obama ada menyebut;
“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as atrue friend of Israel.”
“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”
“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”
“We should work – we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”
(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.
Operasi Perang Di Bawah Obama
Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.
Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.
Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.
Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.
Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.  
Timothy F.Geighner dan Barrack Obama
Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.
Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.
Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin University khusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.
Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.
Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaituCouncil on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.
Wallahu’alam…

Topeng Darth Vader Di Dalam Starwars

:)


nationalcath

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.
Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.
Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vaderyang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.
Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars?
Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menara Washington National Cathedral dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.
Penerbitan Filem Starwars
Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio di Amerika Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus kepada filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era perang galaksi.
Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran filem-filem Bombay.
Idea menghasilkan Starwars sebenarnya dicetuskan oleh penerbit Yahudi terkenal iaitu George Lucas yang kini adalah pemilik Lucas Film. Lucas adalah orang yang pertama menulis idea tentang kepahlawanan angkasa yang digelar Jedi.
Namun, ketika mula-mula memperkenalkan idea ini, Lucas terpaksa menulis dua kali tentang konsep Jedi kepada beberapa pengarah terkenal untuk memahamkan idea uniknya itu. Dari mana Lucas mendapat idea ini tidak diketahui dan ia amat mencurigakan sekali.
Lucas yang berdarah campuran British dan Jerman sekarang ini adalah pemilik Lucas Film yang mana amat terkenal dengan pembikinan filem-filem episod Starwars dan Indiana Jones.
Keraguan Tentang Watak Darth Vader
(Gambar) George Lucas bersama watak tentera manusia di dalam Starwars
Watak Darth Vader juga dibina sendiri oleh George Lucas tetapi aspek watak fizikal pula direka oleh David Prowse yang pernah bergiat sebagai ahli sukan bina badan dan pelakon sambilan. Segala tingkahlaku dan perwatakan Darth Vader adalah mengikut sentuhan Prowse sendiri walaupun ianya dicipta oleh Lucas. Seperti juga Lucas, Prowse tidak juga mendedahkan di mana ia peroleh imej topeng Darth vader tersebut.
(Gambar) David Prowse dan kostum Darth Vader ciptaannya
Pada 1980, majalah National Geographic bersama gereja besar ini telah menganjurkan pertandingan melukis bagi kanak-kanak untuk diletakkan di National Cathedral. Amat menghairankan, tiga pemenang yang dipilih yang lukisan yang menggambarkan watak-watak jahat.
Budak lelaki yang bernama Christopher Rader telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3, dan watak yang dilukisnya ialah Darth Vader. Pemenang-pemenang lain pula melukis objek yang menjurus kepada unsur-unsur kejahatan.
Misteri Penghakiman Pertandingan oleh Pihak Gereja
30bj
(Gambar) Amat pelik, pihak pengurusan gereja memilih 3 watak jahat untuk diletakkan di menara Washington National Cathedral pada 1980.
Pihak gereja tahu bahawa pada 1980, pengaruh filem Starwars terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak amat kuat. Memilih watak dan memberikan anugerah kepada objek yang sudah diketahui masyarakat umum adalah amat mencurigakan.
Pihak gereja seolah-olah mahu menutup ‘kehendak’ tersembunyi mereka untuk meletakkan topeng Darth Vader ciptaan David Prowse itu. Kemungkinan pertandingan melukis itu hanyalah suatu topeng palsu untuk menutup hasrat sebenar pihak gereja Washington.
Sekiranya pihakpengurusan gereja meletakkan watak Darth Vader begitu sahaja, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, dan kemungkinan wartawan akan menyerang pihak gereja dan David Prowse tentang perletakan arca Darth Vader dengan beratus-ratus soalan.
washington_national_cathedral_darth_vader_gargoyle
Kami percaya pertandingan melukis itu hanyalah topeng dan kemenangan tempat ke-3 oleh Christopher Rader adalah dirancang dan apa yang dilukis oleh Rader sebenarnya di suruh. Objek topeng Darth Vader adalah sejenis lakaran ergonomik digital yang sukar dihasilkan melalui tangan.
Meletakkan kemenangan kepada Christopher Rader di tempat ke-3 adalah logik kerana jika diletakkan tempat pertama, sudah pasti hasrat sebenar pihak gereja dapat dipersoalkan oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli sejarah dan akademik.
nation1
(Gambar) Imej kedudukan topeng Darth Vader di menara gereja. Perlukan teropong untuk melihatnya.
Peranan Filem Dalam Pendidikan Kesyaitanan
Telah kami nyatakan sebelum ini dalam beberapa artikel bagaimana unsur-unsur filem itu dijadikan suatu elemen pendidikan kesyaitanan, seksual, free-thinker dan sebagainya. Filem adalah senjata ampuh gerakan Illuminati yang mana tapak pembikinan filem-filem Hollywood itu sendiri dipunyai secara total oleh kelompok-kelompok mereka.
Golongan Illuminati tahu apa yang mereka mahukan dan mereka juga teliti dalam merancang sesuatu disamping meneroka kelemahan masyarakat yang bukan Islam. Bagi mengaburi dan mempengaruhi masyarakat Islam, unsur-unsur estetik dalam filem juga adalah senjata ampuh mereka.
Memerangi umat kristian dan menjauhkan mereka dari ajaran Injil adalah amat mudah kerana masyarakat Kristian sudah ketinggalan jauh dari aspek spiritual sejak sebelum kelahiran Islam lagi.
Kami menyimpulkan bahawa pendedahan imej Darth Vader adalah penyerapan pendidikan kesyaitan secara tersirat. Pendidikan tersirat ini akan lebih bermakna apabila patung-patung Darth Vader dibeli dan diletakkan di rumah-rumah masyarakat Islam.
Sebagai umat Islam, melihat dan memikirkan secara teliti akan sebab dan akibat sesuatu yang berada di depan mata seperti filem adalah amat mustahak. Mempersoalkan setiap unsur di dalam filem yang dilihat boleh menyelamatkan aqidah Muslim dari tergolong dalam kelompok Riddah Qauliyah.
Imam Habib Abdullah bin Thahir menyebut bahawa,
“Setiap muslim yang mukallaf, hukumnya wajib untuk menjaga keIslamannya dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan, dan memutuskannya dari tali Islam, yakni murtad.”
(kitab Sulamut at-Taufiq)
Wallahu’alam…

Ulama Yahudi Antarabangsa

:)
crc1
Yahudi adalah bangsa bagi sesuatu kaum, dikalangan mereka juga ada yang beragama Islam, Kristian, Komunis dan sebagainya. Namun, agama rasmi bagi umat Yahudi ialah Judais sepertimana bangsa Melayu amat sinonim dengan agama Islam walaupun ada dikalangan orang Melayu bukan beragama Islam.
Di dalam agama Judais, pembuat keputusan terhadap sesuatu fatwa Taurat ditentukan oleh suatu majlis rasmi yang dianggotai oleh para Rabbi (Gelaran kepada paderi Yahudi) seluruh dunia. Fatwa-fatwa yang diputuskan ini akan meliputi pelbagai aspek yang diamalkan dalam ajaran Nabi Ibrahim a.s. tidak lama dahulu.
Majlis yang bertanggungjawab membuat fatwa untuk seluruh masyarakat Yahudi dipanggil Chief Rabbinate Council (CRC). Di dalam CRC terdapat peringkat-peringkat jawatan yang dipilih secara undian oleh rabbi-rabbi dari seluruh dunia. Pemegang jawatan tertinggi CRC atau ketua bagi semua ulama Yahudi digelar sebagai Rishon L’Tzion.
Jawatan Rishon L’Tzion
Jawatan tertinggi ini dalam majlis ulama Yahudi ini dipilih melalui pilihanraya tertutup yang hanya diundi dikalangan rabbi-rabbi yang hadir. Pemegang jawatan Rishon L’Tzion berkuasa bagi menentukan fatwa untuk sebarang isu-isu yang berlaku didalam masyarakat Yahudi beragama Judais.
Namun begitu, jawatan ini bukanlah mudah untuk disandang, setiap calon yang bertanding untuk jawatan Rishon L’Tzion mesti mengambil ujian penulisan yang ketat. Ujian ini tidak dibuat sambil lewa tetapi dibina berasaskan sebuah kurikulum bersepadu (bukan KBSM) oleh rabbi-rabbi yang berpengalaman.
Sebelum mengambil ujian kelayakan itu, setiap calon mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu taurat di dalam bahasa Hebrew (bahasa rasmi Israel). Ini bermakna walaupun calon tersebut warga Brazil, ia hendaklah fasih berbahasa Hebrew.
Jika di dalam Islam, seseorang yang mahu bergelar ustaz wajib fasih berbahasa Arab dan mantap dari segi Nahu Sorof serta beberap ilmu asas lain seperti Fekah, Tauhid dan Tasawuf. Manakala agama Judais menetapkan bahasa Hebrew adalah wajib dipelajari disamping beberapa ilmu-ilmu lain.
Berikut ialah kitab-kitab yang perlu dihafal dan dikuasai oleh calon-calonRishon L’Tzion.
  • Bab Hichos Shabbos (8 kitab)
  • Bab Hilchos Niddah (4 kitab)
  • Bab Hilchos Issur V’Heter (3 kitab)
  • Bab Hilchos Mikvaos (1 kitab)
  • Bab Hilchos Eruvin (1 kitab)
  • Bab Hilchos Aveilus (1 kitab)
Perpecahan Suku Di Dalam CR C
Walaupun orang Yahudi pada dasarnya dilihat bersatu tetapi semangatasabiyah kaum tetap kuat dan menular sehingga ke dalam majlis ulama mereka iaitu Chief Rabbinate Council. Di dalam CRC sekarang, jawatan Rishon L’Tzion diwujudkan 2 kerusi iaitu untuk suku Ashkenazi dan suku Sephardi.
Memandangkan terdapat dua pemimpin dalam satu majlis peringkat antarabangsa maka berlaku juga beberapa perselisihan dari segi membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Dua jawatan dalam satu majlis ini telah wujud sejak sebelum penubuhan negara Israel lagi. Kedua-dua suku ini mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun menetap di negara yang sama.  
Pada masa sekarang, jawatan Rishon L’Tzion bagi suku Ashkenazi disandang oleh Rabbi Yona Metzger manakala suku Sephardi pula ialahRabbi Shlomo Amar.
(Gambar) Dari kiri; Rabbi Shlomo Amar, Paderi Dr. William dan Rabbi Yonah Metzger
Kontroversi Rabbi Yona Metzger
Beliau yang dilahirkan pada 1953 adalah pemegang kuat fahaman Zionis dan pernah menang 2 anugerah melalui dua buah buku karangannya. Metzger banyak menulis doa-doa untuk dibaca di synagogue (kuil Yahudi) dan beliau amat terkenal sebagai orang yang banyak menulis.
Pada April 2005, Metzger bersama beberapa pertubuhan Islam dan Kristian bergabung untuk menentang pelancaran Festival Gay Sedunia yang dianjurkan oleh beberapa orang ternama. Walaupun Metzger kelihatan anti-homoseksual, beliau sendiri mempunyai masalah seksual yang kronik.
Pada 2005 juga, Metzger telah dituduh sebagai melakukan gangguan seksual yang teruk kepada seorang wanita dan juga meminta imbuhan secara haram bagi setiap upacara perkahwinan yang diuruskannya. Kes Metzger masih dalam perbicaraan hingga sekarang dan pendakwaan dibuat sendiri oleh Peguam Negara Israel iaitu Menachem Mazuz.
Perbezaan CRC dan Yahudi Ultra-Orthodoks
Walaupun ketua ulama Yahudi dilantik secara undian dari semua rabbi-rabbi seluruh dunia, Yahudi Ultra-Orthodoks adalah berkecuali dalam hal ini. Mereka tidak bersetuju dan tidak bersependapat dengan kelompok-kelompok rabbi di dalam Chief Rabbinate Council (CRC).
Mereka menganggap CRC adalah mainan golongan politik di Israel yang majoritinya dikuasai oleh penganut fahaman Zionis. Maka disebabkan itu, kita dapat melihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kelompok Ultra-Orthodoks seringkali bercanggah dan hanya diamalkan di Mea Sharim.
Ultra-Orthodoks dikenali sebagai kelompok Yahudi yang ekstrem dalam pengamalan ajaran-ajaran Taurat. Mereka agak tersisih dari kelompok Yahudi-Yahudi lain di Israel sehingga ada dikalangan mereka seringkali diejek hatta oleh masyarakat Yahudi sendiri.
Perbezaan paling ketara antara Ultra-Orthodoks dengan Yahudi lain ialah mereka tidak percayakan konsep Tuhan Zion yang dibawa oleh kelompok Ashkenazi dan Sephardi. Bagi mereka, Tuhan Zion adalah ideologi ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Taurat sebenar.
Peranan Lain Chief Rabbinate Council
Di antara peranan lain yang dimainkan oleh CRC ialah membuat keputusan bagi semua urusan-urusan;
  • Pengurusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian
  • Membincangkan undang-undang agama
  • Mengawal pentadbiran kuil-kuil
  • Mengurus selia Kottel (Tembok di sempadan Masjid Al-Aqsa)
  • Menentukan sambutan hari-hari suci Judais.
  • Menentukan takwim sembahyang kalender Hebrew
  • lain-lain yang berkaitan agama Judais.

Amalan Pengkebumian Mayat Masyarakat Yahudi :oleh Ibnuyaacob

:)

Setiap agama mempunyai tradisi dan amalan pengkebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri. Amalan ini biasanya akan mengikut perkara-perkara yang telah pun diatur dalam sesuatu agama berdasarkan orang-orang terdahulu khususnya masyarakat Islam, Kristian, Yahudi dan Hindu.
Manakala masyarakat Yahudi pula adalah antara golongan yang paling hampir kaedah pengkebumiannya dengan masyarakat Islam. Ini kerana, kelompok ini adalah saki-baki pengikut agama Nabi Ibrahim hinggalah kepada Nabi Musa walaupun terdapat beberapa penyelewengan fakta kitab Taurat.
Di dalam bahasa Hebrew, amalan pengkebumian disebut sebagai“kevura”.
Kumpulan Pengurus Jenazah Masyarakat Yahudi
Setiap penganut agama Judais yang mati akan diuruskan oleh suatu kumpulan yang digelar Chevra Kadisha. Kumpulan ini bertanggungjawab mengurus segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan mayat seperti pembelian kain kafan, tempat letak mayat, keranda, penyediaan ruang kubur, pemandian mayat, pengkafanan dan sebagainya.
Di dalam masyarakat Islam di Malaysia, peranan Chevra Kadisha adalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Khairat Kematian yang biasa terdapat di semua kampung dan daerah. Seperti mana juga di Malaysia, ahli-ahli yang menganggotai pasukan Chevra Kadisha adalah ahli-ahli sukarela dan mereka terdiri dikalangan rabbi-rabbi dan orang-orang tua.
Di Israel, setiap ketua keluarga biasanya akan memberikan bayaran yuran khairat kematian kepada wakil-wakil Chevra Kadisha di tempat masing-masing. Bayaran yuran dikenakan pada kadar tertentu secara tahunan.
Bayaran-bayaran ini adalah bayaran untuk menguruskan semua bahan-bahan berkaitan upacara pengkebumian si mayat. Sekiranya ahli-ahli keluarga tersebut tidak menjadi ahli atau tidak membayar yuran, mana-mana anggota keluarga lelaki hendaklah mencari sendiri penggali kubur jika ada ahli keluarganya yang mati.
Selain itu, Chevra Kadisha juga berperanan menguruskan majlis makan untuk tetamu bagi ahli keluarga yang mati.
kesuva01
(Gambar) Ketua Rabbi suku Sephardi, Shlomo Amar (berjubah, duduk) menziarahi mayat seorang penduduk Israel.
Kaedah Pengkebumian Mayat Menurut Agama Judais
Upacara pengkebumian mayat masyarakat Yahudi amat berbeza dengan masyarakat kristian. Mereka amat mementingkan sebarang amalan yang dituntut di dalam Taurat dan amalan-amalan yang telah dilakukan olehAvraham (Nabi Ibrahim) dan Yaakov (Nabi Yaakob).
Berikut ialah peringkat-peringkat pengkebumian masyarakat Yahudi;
PERINGKAT 1 : Rechitvah dan Taharah (Memandi dan Mewangikan)
Tindakan pertama yang dilakukan oleh Rabbi dari Chevra Kadisha ialah membersihkan seluruh anggota mayat dengan memandikannya. Proses memandikan mayat ini dipanggil Rechitvah. Mayat lelaki akan dimandikan oleh orang lelaki dan mayat perempuan dimandikan oleh orang perempuan.
Mayat akan diletak secara terlentang dan air biasa akan dijirus bermula dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Sebelum memandikannya, semua barang-barang kemas akan ditanggalkan.
taharah01
(Gambar) Suatu program mengajar cara-cara rechitvah dan taharah untuk orang-orang Yahudi di New Jersey oleh Persatuan Penduduk Yahudi New Jersey.
Selepas mandi dan dikeringkan badan mayat, proses seterusnya ialahTaharah (mewangikan mayat). Semasa proses ini, rabbi akan meletakkan badan mayat dengan wangi-wangian agar bau badan mayat tidak menganggu ahli keluarga dan tetamu yang hadir.
PERINGKAT 2 : Halbashah (Mengkafan)
Selepas dimandi dan diwangikan, mayat akan dikafankan dengan menggunakan baju khas berwarna putih yang dipanggil Tachrichimberserta sehelai selendang bernama tallitTallit adalah sejenis selendang yang berwarna putih seakan-akan kain tuala kecil yang panjang.
Selepas proses halbashah, mayat akan diletakkan terus di dalam keranda.
jewish_cemetry
(Gambar) Kawasan perkuburan Yahudi di Jalan Yahudi, Georgetown, Pulau Pinang. Kawasan ini agak terselindung dan dikelilingi tembok konkrit setinggi 6 kaki.
PERINGKAT 3 : Kevura (Pengkebumian)
Selepas mayat dimasukkan ke dalam keranda, ianya akan dibawa ke kawasan perkuburan berdekatan. Di Israel, tanah-tanah perkuburan kebanyakan tidak dibina berdekatan synagogue (kuil Yahudi).
Biasanya individu yang hadir semasa pengkebumian adalah ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali si mati. Mereka tidak sama-sama meletakkan keranda di dalam lubang kubur kerana ianya dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.
Selepas pengkebumian, batu nisan atau di dalam bahasa Hebrew dipanggilMatzevah akan diletakkan di atas tempat yang ditanam. Urusan meletakkan Matzevah juga dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.
Terdapat juga suatu golongan lain di Israel yang lebih ekstrem apabila menanam mayat, mereka akan menanamnya secara berdiri. Mayat ditanam dengan cara ini sebagai melambangkan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada Tuhan walaupun sudah mati.
taharah02
Amalan Berkabung Dalam Agama Judais
Selepas selesai proses Kevura, setiap ahli keluarga diharuskan melakukan amalan Keriah atau berkabung. Proses ini penting kepada setiap ahli keluarga agar mereka sentiasa mengingati roh si mati dan segala kebaikannya sepanjang ia hidup.
Ahli keluarga yang terlibat dengan Keriah dipanggil Onen, maksudnya orang yang berkabung.
Dalam agama Judais, amalan berkabung mesti dilakukan selama 12 bulan bermula pada hari pertama individu tersebut meninggal dunia. Ahli-ahli keluarga yang terlibat dengan tempoh ini biasanya yang tinggal serumah dengan si mati atau saudara-mara berdekatan.
Selepas mayat dikebumikan, para Onen tidak dibenarkan mandi selama seminggu, tidak boleh memakai barang-barang kulit atau bercukur. Ianya dikira menghina tempoh perkabungan.
Berikut ialah peringkat-peringkat berkabung dalam agama Judais:
Shiva (Hari ke-7 ) – Pada peringkat ini, ahli keluarga tidak dibenarkan keluar bersiar-siar, mereka hendaklah menghabiskan masa dan berkumpul di rumah untuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan bercukur dalam tempoh.
Selain itu, ahli-ahli keluarga (onen) juga tidak boleh menghadiri sebarang upacara perkahwinan, menonton wayang, mendengar lagu-lagu hiburan dan menghadiri konsert muzik.
Shloshim ( Hari ke-30) – Dalam tempoh ini, ahli-ahli keluarga si mati tidak dibenarkan berkahwin, bercukur dan memotong rambut.
Shneim Asar Chodesh (Bulan ke-12 ) – selepas tempoh ini barulah para Onen dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti biasa.
Bagi sesetengah golongan Yahudi berfahaman Zionis, mereka hanya berkabung selama 3 hari atau mungkin sehari sahaja  mengikut keselesaan masing-masing.
Tempoh Pengkebumian Mayat
Mengikut para rabbi, setiap orang Yahudi yang mati hendaklah mayatnya ditanam pada hari yang sama juga mengikut kemampuan. Sekiranya ia mati pada pagi Isnin maka mayatnya hendaklah ditanam sebelum tenggelamnya matahari.
Para rabbi percaya, melengah-lengahkan pengkebumian mayat bermaksud menghina takdir Tuhan dan tidak redha akan ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan Israel.
Amalan Yahudi Ketika Mendengar Berita Kematian
Bagi orang Islam, apabila terdengar kematian, kita digalakkan untuk menyebut suatu doa yang berbunyi “innalillahi wainna ilaihi raaji’uun….”.Kalimah ini biasa kita sebut dan amat sinonim dengan kematian walaupun ianya boleh dibaca untuk tujuan-tujuan lain.
Memandangkan kalimah ini sering disebut ketika mendengar berita kematian maka kebanyakan orang Melayu akan berasa janggal jika menyebut kalimah ini untuk tujuan-tujun lain.
Bagi masyarakat Yahudi pula, jika terdengar kematian yang berlaku ke atas orang-orang Yahudi seperti mereka, mereka akan menyebut “Baruch dayan emet”.
Pantang Larang Dan Kepercayaan Dalam Amalan Pengkebumian Yahudi
Berikut ialah pantang-larang dan kepercayaan yang diamalkan oleh para penganut agama Judais:
  •  Tidak dibenarkan membawa bunga ke tanah perkuburan kerana menganggap ianya membazir.
  • Tidak dibolehkan mengawet mayat.
  • Mesti menanam mayat pada hari yang sama atau secepat yang boleh.
  • Keranda hendaklah dibuat dari kayu bukannya kepingan logam atau plastik.
  • Di dalam keranda tidak dibenarkan meletakkan sebarang barang-barang kesayangan si mati. Menurut kepercayaan rabbi Yahudi, manusia lahir ke dunia tanpa apa-apa dan mereka perlu kembali ke tuhan tanpa apa-apa.
  • Berhenti 7 kali semasa keranda dibawa ke kawasan perkuburan. Setiap kali berhenti, ayat dari Kitab Taurat perlu dibaca. Biasanya mereka membaca Surah Psalm (ayat ke-91).
  • Setiap ahli-ahli berkabung (Onen) diharuskan memakai tanda khusus pada baju sebagai tanda berkabung atau kesedihan kematian seseorang. Tanda itu biasanya berupa pin baju.
  • Setiap Onen juga diharuskan meratapi kematian si mati sebagai tanda kasih sayang akan kehilangan si mati.
(Gambar) Rasulullah SAW melarang meratapi kematian secara berlebih-lebihan kerana ia menyerupai amalan agama Yahudi.
Kesimpulan
Jika dilihat pada tatacara amalan pengkebumian mayat, terdapat beberapa bahagian yang kelihatan hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh umat Islam. Ini bukanlah bermakna kita umat Islam telah meniru amalan Yahudi, ini bermaksud kaum Bani Israel lebih dahulu melakukan hal-hal demikian sebagai mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob.
Hal ini telah dinyatakan Allah di dalam surah an-Nal (ayat 123) yang bermaksud;
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.”
Namun begitu, amalan-amalan di atas kebanyakannya hanya diamalkan oleh penganut-penganut Judais di Israel khususnya golongan orthodoks. Manakala sebahagian besar orang Yahudi berfahaman sekular di Israel lebih gemar menyerahkan urusan berikut kepada Syarikat Persendirian yang menguruskan mayat. Ada juga yang lebih suka membakar mayat dan menanam abu sahaja.
Atas perubahan ini maka berlakulah percanggahan amalan dalam masyarakat Yahudi sehingga golongan Orthodoks terpaksa pula membuatfatwa sendiri bagi menjaga masyarakat mereka.
P/S : Artikel ini dibina untuk sahabat-sahabat yang mengajar kitab Fekah berkaitan hal ehwal fardhu kifayah di surau-surau dan masjid-masjid. Mudah-mudahan maklumat ini dapat digunakan untuk menjelaskan hukum-hukum yang dikuliahkan terutamanya bagi membezakan amalan mengurus jenazah antara Islam dan Bani Israel.
Diharap maklumat ini juga dapat membantu menjawab soalan-soalan ‘remeh’ yang selalu ditanyakan pendengar-pendengar kuliah.