Tweet

Nuffnang Ads

Thursday, March 7

Mengapa Zizan Ganti Malique Dalam Video – Aku Maafkan Kamu?

:) ‘Aku Maafkan Kamu’ oleh Raja Pop, Jamal Abdillah kolaborasi bersama penyanyi rap, Malique? Memang lagu tu sedap didengar dan penuh bermakna liriknya. Kalau belum dengar, kami sertakan di bawah ini. Memang peminat Jamal terubat dengan single dari Jamal ini. Tetapi langit tidak selalu cerah apabila timbul pula kesukaran apabila Malique enggan memberikan kerjasama setiap kali menerima undangan persembahan.

Menurut Jamal, Malique, enggan tampil di tempat umum, melainkan urusan penting sahaja. Jamal terkilan dan terpaksa mencari pengganti Malique bagi mempromosikan lagu barunya itu.
“Tanpa Malique, saya sukar untuk menyampaikan lagu ini kerana ia adalah kolaborasi kami bersama. Saya pun tidak tahu mengapa dia enggan tampil di khalayak umum. Ini menjadi masalah bagi saya setiap kali persembahan. Sebab itulah, saya perlu mencari pengganti Malique. Saya berusaha untuk cari rapper, lain tapi kebanyakannya tidak sama dengan teknik rap seperti Malique. Semuanya mempunyai sebutan keras, tidak selembut Malique. Oleh sebab itulah, saya terpaksa mendapatkan khidmat pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak, untuk menggantikan Malique menerusi klip video lagu tersebut.”
Tidak hairanlah, kalau anda lihat video single itu di bawah, menampilkan Zizan sebagai pengganti Malique. Terjawab sudah tanda tanya kami sebelum ini. Sudah tentu Malique ada alasan tersendiri. Mungkin aktiviti belakang pentas yang memerlukan pengorbanan. Maklumlah, Malique sibuk dengan Qarma Musiq Sdn. Bhd kepunyaannya.Lebih-lebih lagi tengah sibuk buka syarikat ini di Bali. Pepandai je meneka. Kita nantikan jawapan Malique kenapa enggan berkerjasama dengan Jamal nanti ya.
Walaubagaimanapun, hairan juga tiada hitam putih termeterai ke sebelum kerjasama dilakukan? sudah bekerjasama rakam lagu takkan persembahan sorang-sorang. 

No comments:

Post a Comment