Tweet

Nuffnang Ads

Thursday, March 7

Sejarah Mengapa Berlaku Tragedi Di Sabah

:)
1. Semasa penyertaan Sabah ke dalam Malaysia dahulu, Filipina dan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya pembentukan ini. Di pihak Filipina, mereka berasakan mereka ada hak ke atas Sabah dan pihak Indonesia tidak berpuas hati kerana kegagalan mereka untuk membentuk Indonesia Raya.
2. Indonesia telah membuat slogan ‘Ganyang Malaysia’ yang menyaksikan pencerobohan ke atas Malaysia seperti peristiwa Kalabakan contohnya. Mereka dapat berbuat demikian kerana kuasa ketenteraan Indonesia pada ketika itu sangat kuat.
3. Filipina pula tidak membuat pencerobohan ke atas Malaysia, kerana kuasa ketenteraan mereka yang tidak berapa kuat pasa masa itu. Namun kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Marcos amat-amat tidak bersetuju apabila Sabah menyertai Malaysia pada 1963.
4. Tuntutan ini berdasarkan kepada perjanjian antara Sultan Brunei dan Sultan Sulu. Sultan Brunei akan memberikan Sabah kepada Sultan Sulu jika berjaya menumpaskan pemberontak yang memberontak di Sabah satu ketika dahulu.

5. Malaysia bagaimanapun menentang sekeras-kerasnya tuntutan ini kerana Baron de Overbeck telah ‘memajak’ Sabah daripada  Sultan Sulu sebelum menyerahkan Sabah kepada British East India Company. Sabah kemudian Merdeka dan menyertai Malaysia setelah mendapat kemerdekaan daripada British.
6. Anda boleh cari di internet berkaitan dengan pajakan Sabah daripada Sultan Sulu ini.
7. Berbalik kepada pemerintahan Marcos tadi. Pentadbiran Marcos akhirnya merancang untuk membuat kacau-bilau di Sabah menggunakan kuasa komando pada tahun 1967. Mereka tidak menyerang secara terus, tetapi membuat kekacauan dari dalam yang akan merugikan Sabah pada masa itu.
8. Kekacauan ini diberi nama Operasi Merdeka. Operasi ini membabitkan hampir 200 orang berbangsa Islam Moro yang berumur 18-30 tahun  daripada Sulu dan Tawi-Tawi. Ada sumber yang mengatakan, seramai 300 orang. Kerajaan Marcos menjanjikan kepada mereka yang terpilih dengan ganjaran yang lumayan seperti elaun bulanan, senjata dan diterima masuk menjadi ahli kepada tentera elit Filipina.
9. Sekitar Ogos hingga Disember 1967, pemuda-pemuda ini menjalani latihan di Simunul, satu tempat di Filipina. Komando ini dinamakan Unit Jabidah.
10.  Pada 30 Disember, mereka dibawa ke Pulau Corregidor di Luzon untuk menjalani lagi latihan-latihan intensif oleh tentera Filipina. Di sini mereka telah dicuci dan dihasut (brain-wash) untuk membuat kekacauan di Sabah atas arahan Presiden Marcos.
11.  Namun mereka menyedari sesuatu perkara yang tidak kena dengan operasi ini. Mereka baru tahu yang mereka digunakan oleh Presiden Marcos untuk membunuh saudara seagama dan mungkin sebangsa dengan mereka di Sabah. Pada masa yang sama, elaun bulanan mereka pun indah khabar dari rupa.
12. Mereka meminta untuk pulang ke tempat kelahiran mereka setelah mereka merasakan yang mereka ditipu oleh Presiden Marcos namun mereka sudah terlambat.
13. Mereka merancang untuk melarikan diri daripada tempat latihan mereka dan pada 18 March 1968, mereka berjaya melarikan diri namun dikesan oleh Tentera Filipina. Mereka diserang dan ditembak bertalu-talu yang mengakibatkan hampir semua mereka ini mati di tempat kejadian. Namun dalam banyak-banyak mereka ini, ada yang terselamat. Dia berjaya melarikan diri dari pulau ini setelah terjun dari bukit dan terus ke laut. Beliau terpaksa berpaut pada sebatang kayu dan terapung di lautan. Beliau akhirnya diselamatkan oleh nelayan yang berhampiran.
14. Kebenaran tentang Tragedi Corregidor atau pembunuhan besar-besaran ini akhirnya terbongkar juga. Pelajar Islam yang berbangsa Moro di Manila telah membuat tunjuk perasaan di hadapan kediaman presiden. Tidak diketahui sebenarnya jumlah Unit Jabidah ini. Ada yang kata 300 orang, terselamat seorang, ada yang kata 180 orang.
15. Tidak lama kemudian, Presiden Marcos digulingkan kerana didapati membunuh saingan politiknya di Filipina. Sebenarnya ada banyak versi mengenai cerita ini. Apapun, Al-Fatihah kepada Unit Jabidah ini.



Kini : 1 Mac 2013

   :Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. "Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa. Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Difahamkan, dua anggota komando yang terkorban itu dikenali sebagai Inspektor Zulkifli Mamat  dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 (G/17984 Skuad 2.2006) .

Mayat Tentera Pemberontak Sulu

Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu semalam. 

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan. 

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur. 
 
 pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas. 

Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu. 

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan orang anggota polis terkorban dan 32 penceroboh terbunuh. 

Dua anggota komando polis VAT 69 terkorban Jumaat lepas dalam serangan di Kampung Tanduo manakala enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna

No comments:

Post a Comment