Tweet

Nuffnang Ads

Wednesday, March 20

Ramadhan di Israel :oleh Ibnuyaacob

:)


Pada 10 Oktober 2008 (Jumaat) lalu, Radio Israel telah menganjurkan suatu pertandingan Kuiz Ramadhan peringkat akhir untuk penduduk-penduduk Islam di Israel. Kuiz tersebut dihoskan oleh Yasser Atila di dalam bahasa Arab. Sebahagian kakitangan radio Israel juga ada yang terdiri dari masyarakat Arab.
(Gambar) Dj Malkah Fleisher – Israel National Radio
Semasa peringkat akhir pertandingan yang diadakan di Jerusalem itu, 8 orang peserta telah terpilih untuk bersaing di peringkat akhir. Lapan orang peserta itu terdiri dari empat orang lelaki dan empat orang wanita.
Kuiz tersebut berkisarkan soalan-soalan berkaitan ibadah wajib dalam Islam, fardhu ain dan amalan-amalan Sunnah. Kuiz Ramdhan itu dimenangi oleh Yusuf Wassaf Agbariyeh iaitu jurutera komputer yang berkhidmat di Tel Aviv dengan jumlah hadiah sebanyak USD2,765.
(Gambar) Dj Yishai Fleisher – Israel National Radio.
Atas sambutan yang menggalakkan itu, pengarah urusan Radio Israelbercadang membuka satu lagi kuiz yang sama iaitu berkaitan kitab Injil dan Talmud. Objektif utama adalah mempromosikan perpaduan budaya ketiga-tiga agama itu di Israel.
Minoriti Islam di Israel
Di Israel juga terdapat penduduk Islam yang bermaustatin di sana. Mereka adalah penduduk asal yang menetap sebelum kedatangan rombongan Aliyah tajaan pertubuhan Zionis antarabangsa.
Penduduk asal minoriti Islam yang tinggal di Israel masih mengamalkan bahasa Arab, budaya Arab dan syariat Islam. Sehingga kini ianya masih kekal walaupun terdapat sedikit diskriminasi agama oleh kerajaan Zionis.
Pengaruh masyarakt asal Islam di Israel ini amat kuat hubungan sosialnya khususnya dengan imigran-imigran Yahudi yang datang dari negara-negara Timur Tengah.
Pengaruh ini dapat dilihat pada wang kertas Israel sendiri yang meletakkan ungkapan Bank of Israel dalam bahasa Arab. Tulisan arab kekal sejak mula Zionis memerintah hinggalah ke hari ini.
(Gambar) Matawang Israel bernilai 10 Shekel.