Tweet

Nuffnang Ads

Sunday, March 24

Takziah Kepada Syeikhul Ramadhan Al-Buti

:)

Pemergian Allahyarham Dr. Ramadhan Al-Buti, seorang ulama ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kehilangan yang sangat dirasa. Beliau adalah ulama’ yang digeruni oleh pihak Illuminati khususnya golongan Freemason kerana dakwahnya bisa menangkap jiwa jutaan umat Islam.Kehilangan beliau juga satu kegembiraan bagi puak Ulama Wahabi yang sering menyerang pendapat-pendapat beliau dalam pelbagai media khususnya tulisan dan buku.

Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti melalui pengeboman di sebuah masjid adalah satu perancangan rapi bagi projek ‘Ethnic Clearance’. Ethnic dalam kamus Illuminati bukan lagi merujuk ‘bangsa’ tetapi ‘ulama’. Projek ini telah pun berjalan di seluruh dunia sejak 1970-an. Tambahan pula Syeikh Ramadhan adalah ulama yang cenderung kepada Tareqat Kesufian yang menjadi kebencian golongan Wahabi dan Freemason.
Di Syria, pihak media barat mempromosi sepenuhnya pertelingkahan antara golongan Pro-Assad dan anti-Assad. Ia satu propaganda yang sengaja diwujudkan bagi memberi ruang kepada Amerika untuk membunuh kedua-dua belah pihak.
Sekarang media barat menggambarkan kedua-dua pihak adalah pembunuh kejam. Sebelah pihak menyembelih orang Islam manakala sebelah pihak lagi mengebom diri untuk membunuh orang Islam lain.
Antara fitnah yang dilemparkan Media Barat kepada beliau ialah:
- Syeikh Ramadhan difitnah berfahaman Syiah hanya kerana berjumpa keluarga Al-Assad yang pro-syiah.
- Syeikh Ramadhan difitnah menyokong kekejaman tentera Al-Assad. Tetapi sebenarnya beliau berjumpa dengan Presiden Syria itu untuk membebaskan ulama2 Sunni yang dipenjarakan.
Kini fitnah Amerika berjaya dan puncak kejayaan mereka ialah apabila beliau dibunuh.  Laporan berita Malaysia yang biadab juga menyebut Syeikh Ramadhan sebagai ‘Ulama Syiah’ sedangkan ia adalah sebaliknya.
Maka berhati-hatilah dengan fitnah Dajjal akhir zaman ini.