Tweet

Nuffnang Ads

Tuesday, February 26

Aku & Aktiviti Memancing ku

:)
Minat aku dalam aktiviti memacing ni dalam baru- baru ini sahaja. Beberapa bulan yang lalu. Mulanya memancing ni membosankan bagi aku. Tetapi setelah menarik seekor ikan Patin di sungai kampung ku sendiri iaitu Sungai Kg. Kuala hanya 8km dari pekan Papar.
Setelah merasa menaikkan ikan ke darat buat pertama kali. hati bagai berdebar-debar untuk mendapatkan ikan yang lebih besar lagi. Ketenangan suasana di sungai itu sahaja boleh membuatkan aku berangan-angan mendapatkan ikan yang paling besar dalam sungai itu. hahaha.. dapat juga rilex-rilex. Malam adalah masa yang paling aku suka menjalankan aktiviti memancing aku. Tempat itu bersebelahan dengan tanah perkuburan dan ada beberapa buah rumah berdekatan. Tempat aku selalu menjadikan mangsa ialah di sebuah jeti seorang rakan memancing juga iaitu abanng Jai. Kebetulan nama paggilan kami pun sama. DI sanalah aku banyak mengenal jenis-jenis ikan di sunngai yang di tunggu- tunggu oleh kaki-kaki pacinng tempat kami.
Sangat beratIkan yang menjadi tumpuan kaki pancing
Kanai merupakan sejenis ikan yang sering menjadi kegemaran kaki pancing di tempat kami kerana antara ikan yang mencabar kaki panncig mengawal pacingnya. Waktu kebiasaan ikan ini akan agresif iaitu pada waktu air surut selepas air sungai pasang. Keadaan air yang tidak terlalu coklat dan juga tidak pada air yang terlalu jernih, boleh dikatakan ditengah-tengah warna air itu.
Orang dalam gambar hanya hiasan semata-mata XD
Selain kanai, Kerapu juga salah satu ikan yang jarang didapati di sungai kampung kami ini. Jika ada sekalipun paling besar yang aku rasa hanya 1Kilo sahaja. Tapi, Ikan Sembilang aku pernah dapat paras pinggang sampai ekornya mencecah tanah. Bestt!!
jika musim ikan gelama. Kail sentiasa mengena. ^^
Tidak lama lagi akan ada musim ikan Gelama, inilah pertama kali aku akan mendapatkan ikan tidak berhenti-henti sehingga 4 baldi tidak cukup kata mereka. Dijangka pertengahan bulan march atau awal bulan April musim itu ikan gelama akan keluar berkumpulan untuk mencari makanan setelah habis musim bertelur.
Jika anda yang belum pernah mengalami keseronokan memancing ikan. Mugkin kamu akan merasa bosan pada memancing. Memang kesabaran yang tinggi penting dalam jiwa pemancing tapi setelah medapat yang ditunggu-tunggu. Keseronokannya tidak terkata. Begitulah lumrah kehidupan. Kesabaran dan dugaan perlu ada. ketenangan dapat mengawal kita membuat suatu keputusan yang bijak walau dalam keadaan panik sekalipun. Setelah aku menjadi kaki pancing. aku lebih tenang dalam menjalani kehidupan ku dan lebih Cool.. ^^
sekian,to be continue selepas musim gelama : ^.^!

No comments:

Post a Comment