Tweet

Nuffnang Ads

Wednesday, March 20

House of Rothschild

:)Jika membincangkan soal konspirasi Yahudi dan sejarahnya, kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang peranan penguasa ekonomi dunia iaitu House of Rothschild.

House of Rothschild penting untuk dibicarakan dalam menyelidik konspirasi-konspirasi ciptaan Illuminati kerana House of Rothschild adalah penyumbang utama kewangan untuk Illuminati yang dibangunkan Adam Weishaupt pada 1776.
Tanpa bantuan kewangan dari House of Rothschild, Weishaupt tidak dapat menjalankan kerja-kerja mengembangkan sayap Illuminati yang baru ditubuhkan itu.
Dalam proses permulaan melebarkan sayap Illuminati, Weishaupt memerlukan peruntukan yang cukup untuk menampung kos-kos berikut;
  • Tambang perjalanan dari Jerman ke negara-negara Eropah lain
  • Cetakan risalah-risalah propaganda dan buku-buku kerja
  • Kos-kos alat tulis untuk mesyuarat di lodge-lodge di seluruh Eropah.
Individu Disebalik House of Rothschild
House of Rothschild adalah gelaran bagi sebuah keluarga Yahudi yang kaya-raya. Keluarga Rothschild bukanlah berasal dari keturunan yang kaya-raya tetapi kegemilangan Rothschild hanya mula kelihatan apabila keturunan mereka sampai kepada Meyer Amschel Rothschild (1743-1812).

Dalam isu penubuhan Illuminati , Meyer Amschel adalah individu yang bertanggungjawab memberi segala kemudahan kewangan kepada semua gerak kerja yang bakal dilakukan oleh Adam Weishaupt.
Keputusan bantuan kewangan ini sudah pastilah ia arahan Dajjal kerana Meyer Amschel tinggal di Frankfurt manakala Weishaupt pula berasal dari Ingolstadt dan menubuhkan Illuminati di situ juga.
Namun begitu, dalam konteks ini perlu kita lihat dahulu sejarah bagi pengasas sebenar keluarga Rothschild itu sendiri iaitu Amschel Moses Rothschild, bapa kepada Meyer Amschel.

Kisah Amschel Moses Rothschild
Sebelum Amschel Moses meninggal dunia pada 29 Jun 1755, beliau amat berharap anaknya iaitu Meyer Amschel menjadi seorang Rabbi. Namun sebaliknya, anaknya tidak menjadi Rabbi, Meyer menjadi seorang penguasa bank yang gila perang.

Menurut orang Yahudi, Amschel Moses sebenarnya seorang anak yatim piatu. Beliau dibela dan diasuh tentang didikan agama oleh seorang Rabbi terkenal di pekan kecil bernama Tschortkow, Frankfurt. Rabbi tersebut bernama Hershelle Tschortkower.

Majoriti penduduk di pekan Galicia adalah berketurunan Yahudi Ashkenazi. Kehidupan seharian Rabbi Hershelle adalah berkaitan keagaamaan, kebajikan dan pendidikan. Amschel Moses adalah pengikut setia Hershelle, segala pengetahuan tentang kitab-kitab Yahudi diajarkan kepada Amschel Moses.

Setelah sekian lama mendapat tunjuk ajar dari Rabbi Hershelle, Amschel Moses diberi peluang menjadi rabbi dan akhirnya Rabbi Hershelle mengahwinkannya dengan seorang gadis dari pekan Staniyn.
Dengan bantuan bapa mertuanya, Amschel Moses berjaya membuka sebuah kedail kecil di pekan baru itu. Dia mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya.

Berminggu-minggu selepas Amschel meninggalkannya, barulah Rabbi Hershelle sedar bahawa wang kebajikan untuk anak-anak yatim yang disimpannya di rumah telah hilang. Rabbi Hershelle menjadi gelisah kerana wang tersebut wang derma orang ramai.

Rabbi Hershelle cuba mengagak siapa yang mencuri wang tersebut. Pada pengetahuannya, hanya seorang sahaja yang tahu di mana wang itu disimpan, orang tersebut ialah Amschel Moses Rothschild.

Dia cuba bersangka baik kepada Amschel dengan menganggap Amschel mungkin memerlukannya untuk perkahwinannya beberapa minggu lepas. Rabbi Hershelle merasakan dia perlu juga pergi ke pekan Staniyn untuk berjumpa dengan Amschel. Rabbi Hershelle mahu memberitahu tentang kehilangan wang tersebut.
Setelah berjumpa dengan Amschel, Rabbi Hershelle menceritakan apa yang berlaku kepada wang simpanannya kepada Amschel. Rabbi Hershelle juga memberitahu yang dia tidak marah jika benar Amschel yang mengambilnya, cuma dia meminta Amschel bertaubat kepada tuhan.

Amschel hanya terdiam dan tunduk bila terdengar cerita Rabbi Hershelle. Tanpa berkata apa-apa ia bingkas bangun dan menyerahkan segala wang simpanannya kepada Rabbi Hersehelle dan berjanji akan menyerahkan selebihnya di kemudian hari.
Rabbi Hershelle sangat gembira dengan sikap jujur Amschel Moses. Dia pun pulang semula ke Tschortkow.
Satu hari, ketua polis daerah datang menemui Rabbi Hershelle dan memberi sejumlah wang kepadanya. Rabbi Hershelle terkejut dan bertanyakan untuk apakah wang itu diberikan.

Ketua Polis daerah menceritakan kepada Rabbi Hershelle bahawa mereka telah menangkap seorang wanita yang mencurigakan yang sedang cuba menyembunyikan wang. Setelah dipaksa akhirnay wanita tersebut memberitahu wang tersebut diambil dari laci Rabbi Hershelle ketika beliau tidak ada di rumah.
Setelah mendengar keterangan polis tersebut, barulah Rabbi Hershelle sedar bahawa sebelum perayaan Passover (Hari Raya Qurban kaum Yahudi), beliau telah mengarahkan seorang wanita membersihkan rumahnya.

Kini Rabbi Hershelle mula teringatkan Amschel Moses dan berasa bersalah terhadap pula Amschel. Tanpa berlengah lagi Rabbi Hershelle pergi menemui Amschel dan menceritakan apa yang berlaku. Rabbi Hershelle menanyakan Amschel mengapa ia tidak memberitahu perkara sebenar dan mengapa ia pula menggantikan wang tersebut. Amschel tidak memberitahu Rabbi Hershelle perkara tersebut.

Akhirnya, menurut Nissan Mendal (pengkaji cerita Rothschild), Rabbi Hershelle telah mendoakan kepada Tuhan agar Amschel Moses, anak-anaknya dan keturunannya menjadi orang yang berjaya di dalam dunia perniagaan.
Perlu diingat bahawa keluarga Rothschild adalah penaja dana kepada Revolusi Perancis, Amerika, Eropah, Perang Napolean, Waterloo dan beberapa revolusi di Rusia dan Jerman.
Kini, peranan pengaruh keluarga Rothschild yang berasal dari Yahudi Jerman itu diambil alih oleh salah satu cabang keluarga mereka iaitu Keluarga Rockefeller, iaitu Yahudi Amerika Syarikat.

(sumber: Nissan Mendal, Kehot Publication Society)http://store.kehotonline.com/index.php 

Ulasan
Sejauh mana benarnya sejarah Rothschild ini hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Hanya cerita ini yang ada untuk dijadikan fakta asal-usul keluarga Rothschild dan ia pula bersumberkan pula dari buku-buku karangan Yahudi sendiri.

Jika dilihat di internet, buku-buku online atau wikipedia sekalipun, sejarah Amschel Moses Rothschild kurang didedahkan, jika ada pun ianya tidak lengkap.
Selain itu, sejarah Rothschild juga boleh dilihat di YouTube dengan olahan-olahan video yang menarik dan lebih mudah untuk faham.

Wallahu’alam…

Tuesday, March 19

Teori Konspirasi Rothschild : Synopsis

:)
Apa yang ceritakan dalam buku ini sangat menakutkan. Setiap ayat yang tertulis membuatkan mata tidak mampu berkelip. Dada berdebar-debar menanti fakta dibuka satu persatu. Tarikan nafas terasa tersekat-sekat bila ayat demi ayat sekadar membawa ke dimensi yang tidak pernah difikirkan. Masa seolah-olah terhenti bila mengetahui hidup kita ini rupanya telah dirancang. Sejarah rupanya satu dogengan. Segala-galanya adalah konspirasi! Jadi siapa kita sebenarnya?
Saya tidak tahu apa yang menarik perhatian saya ketika membeli buku ini sedangkan saya bukanlah seorang yang gemar membaca kisah dajjal. Dewasa ini banyak sekali buku berkaitan dajjal, illuminati, freemason, Yahudi, Yakjuj dan Makjuj, Iskandar Zulkarnain hatta tentang kiamat diterbitkan dan menjadi satu judul yang popular untuk di cetak dan di tulis. Tidak. Tidak ada satu pun buku bernuansa demikian saya beli. Malah membuat carian di internet pun saya tidak berminat. Saya menghadkan bacaan tentang tema berkenaan. Tetapi ia tidak menjadikan saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Ia masih antara perkara yang berada di lingkungan bawah sedar.
Rothschild: Yahudi Kepercayaan Dajjal memberikan kepuasan maksima dalam menjenguk teori konspirasi yang sering di gembar gemburkan sebagai agenda Yahudi dan Amerika Syarikat. Bacalah, saya pasti tidak sepatah perkataan pun akan terlepas dari pandangan mata. Dengan hanya merujuk kepada salasilah keturunan Rothschild (disebut sebagai red shield, bahasa Jerman) - seorang lelaki biasa dari Jerman - telah menyebabkan satu demi satu pintu konspirasi di buka.
Katalah apa sahaja sejarah dan peristiwa di dunia ini, semuanya berakar dari Rosthchild dan konco-konconya. Merekalah tangan yang mengarahkan para pelakon di pentas dunia memainkan skrip dengan bijak dan penuh tipu helah. Perang Napoleon, Perang Dunia Pertama, keruntuhan khalifah Uthmaniyyah, pensekularisasi Mesir, penjajahan dunia, holocaust, Revolusi China, pemodenan Jepun, penubuhan Arab Saudi, pembentukan Israel dan Palestin semuanya di jalin menjadi satu cerita yang hebat. Seperti Jim Carrey dalam The Truman Show, semuanya telah siap di atur.
Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi. Langkah ini sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan tergadai semua harta. Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang yang berlipat kali ganda. Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.
Satu perkara yang saya kagum ialah gaya penulisan Ibnuyaacob yang telus dan ringan, menjadikan bacaan lancar dan jelas. Semua fakta diceritakan dengan cermat tanpa mendatangkan keraguan terhadap kredibiliti penulis. Daripada gaya penulisannya, saya menganggarkan beliau seorang penulis yang berpengalaman.
Sebaik sahaja habis membaca, saya pasti anda sendiri pasti tertanya – jika semuanya di bawah rancangan Rothschild, maka apakah yang benar di dunia ini? Nampaknya kita perlu meragui semua orang di sekeliling kita; hatta ibu bapa, adik beradik, guru, saudara mara, kawan, kenalan FB, pengikut twitter, bos, rakan sekerja atau siapa sahaja.
Dan rupanya keraguan terhadap sekeliling itu juga merupakan ketakutan terhadap teori konspirasi yang di suntik dalam minda kita. Ah, ini semua konspirasi!