Apa yang ceritakan dalam buku ini sangat menakutkan. Setiap
ayat yang tertulis membuatkan mata tidak mampu berkelip. Dada berdebar-debar menanti
fakta dibuka satu persatu. Tarikan nafas terasa tersekat-sekat bila ayat demi
ayat sekadar membawa ke dimensi yang tidak pernah difikirkan. Masa seolah-olah
terhenti bila mengetahui hidup kita ini rupanya telah dirancang. Sejarah rupanya
satu dogengan. Segala-galanya adalah konspirasi! Jadi siapa kita sebenarnya?
Saya tidak tahu apa yang menarik perhatian saya ketika
membeli buku ini sedangkan saya bukanlah seorang yang gemar membaca kisah
dajjal. Dewasa ini banyak sekali buku berkaitan dajjal, illuminati, freemason, Yahudi,
Yakjuj dan Makjuj, Iskandar Zulkarnain hatta tentang kiamat diterbitkan dan
menjadi satu judul yang popular untuk di cetak dan di tulis. Tidak. Tidak ada
satu pun buku bernuansa demikian saya beli. Malah membuat carian di internet
pun saya tidak berminat. Saya menghadkan bacaan tentang tema berkenaan. Tetapi ia
tidak menjadikan saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Ia masih antara perkara
yang berada di lingkungan bawah sedar.
Rothschild: Yahudi Kepercayaan Dajjal memberikan kepuasan
maksima dalam menjenguk teori konspirasi yang sering di gembar gemburkan
sebagai agenda Yahudi dan Amerika Syarikat. Bacalah, saya pasti tidak sepatah perkataan
pun akan terlepas dari pandangan mata. Dengan hanya merujuk kepada salasilah keturunan
Rothschild (disebut sebagai red shield,
bahasa Jerman) - seorang lelaki biasa dari Jerman - telah menyebabkan satu demi
satu pintu konspirasi di buka.
Katalah apa sahaja sejarah dan peristiwa di dunia ini,
semuanya berakar dari Rosthchild dan konco-konconya. Merekalah tangan yang
mengarahkan para pelakon di pentas dunia memainkan skrip dengan bijak dan penuh
tipu helah. Perang Napoleon, Perang Dunia Pertama, keruntuhan khalifah Uthmaniyyah,
pensekularisasi Mesir, penjajahan dunia, holocaust, Revolusi China, pemodenan
Jepun, penubuhan Arab Saudi, pembentukan Israel dan Palestin semuanya di jalin
menjadi satu cerita yang hebat. Seperti Jim Carrey dalam The Truman Show,
semuanya telah siap di atur.
Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang
menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang memerlukan
wang,
Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi.
Langkah ini
sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke
anak
cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang
sehinggalah
bankrap dan tergadai semua harta. Inilah yang berlaku kepada khalifah
Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua negara dibawah naungan khalifah
ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami
kebankrapan akibat hutang yang berlipat kali ganda. Kita membicarakan
sebuah
negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada
penduduk
secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada
sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.
Satu perkara yang saya kagum ialah gaya penulisan
Ibnuyaacob yang telus dan ringan, menjadikan bacaan lancar dan jelas. Semua fakta
diceritakan dengan cermat tanpa mendatangkan keraguan terhadap kredibiliti
penulis. Daripada gaya penulisannya, saya menganggarkan beliau seorang penulis
yang berpengalaman.
Sebaik sahaja habis membaca, saya pasti anda sendiri
pasti tertanya – jika semuanya di bawah rancangan Rothschild, maka apakah yang
benar di dunia ini? Nampaknya kita perlu meragui semua orang di sekeliling kita;
hatta ibu bapa, adik beradik, guru, saudara mara, kawan, kenalan FB, pengikut
twitter, bos, rakan sekerja atau siapa sahaja.
Dan rupanya keraguan terhadap sekeliling itu juga
merupakan ketakutan terhadap teori konspirasi yang di suntik dalam minda kita. Ah,
ini semua konspirasi!
No comments:
Post a Comment