:)
Hammurabi merupakan raja
Dinasti Pertama di
negara kota Babylon, setelah mewarisi tampuk pemerintahan daripada ayahandanya,
Sin-Muballit sekitar 1792 SM.
Babylon merupakan salah sebuah negara kota kuno yang bertaburan di
dataran Mesopotamia dan berperang dengan satu sama lain demi menguasai
tanah
pertanian yang subur.Biarpun wujudnya pelbagai budaya di Mesopotamia, namun kebudayaan Babylon disanjung tinggi oleh golongan
celik huruf di seluruh
Timur Tengah. Raja-raja yang memerintah sebelum Hammurabi sudah pun mulai memantapkan penguasaan kawasan tengah Mesopotamia di bawah
hegemoni Babylonia. Sewaktu awal pemerintahan Hammurabi, negeri-negeri
Borsippa,
Kish, dan
Sippar telah ditawan.
[6] Oleh itu, Hammurabi naik takhta selaku raja negara kecil di tengah keadaan
geopolitik yang rumit. Kerajaan
Eshnunna yang kuat menguasai kawasan hulu
Sungai Tigris sementara negeri
Larsa menakluki kawasan delta sungai tersebut. Di sebelah timurnya terletaknya kerajaan
Elam. Di utara pula,
Shamshi-Adad I sedang berperang untuk meluaskan pengaruh, walaupun kemangkatannya secara tiba-tiba akhirnya memecah-belahkan empayar
Semitik yang baru dikuasainya.
Puluhan tahun pertama pemerintahan Hammurabi agak tenteram. Hammurabi
menggunakan kuasanya untuk menjalankan kerja-kerja awam, termasuk
meninggikan tembok kota untuk pertahanan, serta meluaskan kuil. Pada sekitar 1801 SM, kerajaan
Elam yang merentangi laluan perdagangan yang penting merentas
Pergunungan Zagros, menyerang dataran Mesopotamia. Dengan sekutu-sekutu di kalangan negeri-negeri dataran, Elam menyerang dan menjatuhkan empayar
Eshnunna dengan memusnahkan beberapa buah bandar serta mengenakan penguasaan ke atas sebahagian dataran buat kali pertama. Untuk memantapkan kedudukannya, Elam cuba berperang dengan kerajaan Babylon pimpinan Hammurabi serta kerajaan
Larsa. Hammurabi dan raja
Larsa berganding bahu dan berjaya menumpaskan kerajaan Elam, biarpun Larsa tidak banyak menyumbang pada usaha perang.
Oleh sebab murka dengan kelalaian Larsa menolongnya, Hammurabi
berpaling tadah dengan Larsa lalu menguasai seluruh kawasan hilir
dataran Mesopotamia menjelang tahun 1763 SM.
Oleh sebab Hammurabi dibantu oleh sekutu-sekutunya dari utara sewaktu
berperang di selatan, kekurangan askar di utara menimbulkan huru-hara. Sambil meluaskan pengaruhnya, Hammurabi beralih ke arah utara untuk meredakan huru-hara lalu menumpaskan Eshnunna. Selepas itu, tentera Babylon menakluki negeri-negeri utara yang masih tinggal, termasuk bekas sekutu Babylon iaitu
Mari, walaupun barangkalinya 'penaklukan' Mari ini sekadar penyerahan diri tanpa persengketaan Dalam beberapa tahun sahaja, Hammurabi berjaya menyatukan seluruh Mesopotamia di bawah tampuk pemerintahannya. Di kalangan semua negeri di kawasan berkenaan, hanya
Aleppo dan
Qatna di kawasan barat kekal merdeka.Bagaimanapun, sekeping prasasti buatan Hammurabi telah ditemui di
Diyarbekir, yang mana beliau menggelar diri sebagai "Raja Amorit".
[18]
Ditemuinya sejumlah besar
batu bersurat kontrak yang bertarikhkan zaman pemerintahan Hammurabi dan pewaris-pewarisnya, serta 55 pucuk surat tulisan baginda sendiri.
Surat-surat ini menyuratkan sekilas pandang pancaroba dalam memerintah
sebuah empayar, baik berdepan dengan banjir mahupun menitahkan
pembetulan
takwim, ataupun menjaga ternakan Babylon yang besar jumlahnya. Sekitar 1750 SM, Hammurabi mangkat dan mewariskan tampuk kuasa kepada anakandanya,
Samsu-iluna.
Hammurabi terkenang terutama sekali kerana mengisytiharkan suatu undang-undang yang baru di Babylon, iaitu
Kod Hammurabi. Ini merupakan antara undang-undang bertulis yang terawal di dunia, terukir pada sekeping
prasasti
dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan orang ramai, biarpun
dipercayai bahawa tidak ramai yang celik huruf. Prasasti itu kemudiannya
dijarah oleh Elam dan dibawa ke ibu kotanya,
Susa; ia ditemui semula di situ pada tahun 1901 dan kini disimpan di
Muzium Louvre di
Paris. Kod Hammurabi mengandungi 282 baris undang-undang yang ditulis oleh
katib pada 12 keping batu bersurat. Berbeza dengan undang-undang tempatan yang terdahulu, Kod Hammurabi ditulis dalam
bahasa Akkad, iaitu bahasa seharian Babylon, dan oleh itu boleh dibaca oleh sesiapa yang celik huruf di kota itu.
Struktur kanun ini amat terperinci, yang mana setiap kesalahan
dikenakan hukuman yang tertentu. Hukuman-hukumannya agak kejam jika
dibandingkan dengan zaman sekarang, yang mana banyak kesalahan dikenakan
hukuman mati, pencacatan, atau falsafah "
mata ganti mata, gigi ganti gigi". Hukum ini juga merupakan salah satu contoh terawal gagasan
anggapan ketakbersalahan yang turut menyiratkan bahawa yang tertuduh dan penuduh diberi peluang untuk mengemukakan
bukti. Bagaimanapun, tiadanya peruntukan untuk
hal keadaan peringan untuk mengubah hukuman yang ditetapkan.
Di bawah pemerintahan pewaris-pewaris Hammurabi, Empayar Babylon dilumpuhkan oleh tekanan daripada tentera
Hittite yang menjarah Babylon sekitar 1531 SM .Bagaimanapun, yang menakluki Babylon pada akhirnya merupakan
Kassit
yang memerintah Mesopotamia selama 400 tahun, sambil mengekalkan
sesetengah unsur kebudayaan Babylon, termasuk undang-undang Hammurabi.
Atas bakti Hammurabi sebagai penggubal undang-undang, gambaran
wajahnya terdapat di sesetengah bangunan kerajaan di Amerika Syarikat.
Hammurabi adalah salah satu daripada 23 orang tokoh perundangan terkenal
yang terukir pada
timbulan bes marmar di bilik persidangan
Dewan Perwakilan di
Kapitol Amerika Syarikat. Juga terdapat sebuah
friz oleh
Adolph Weinman yang menggambarkan "penggubal undang-undang teragung dalam sejarah", termasuk Hammurabi, di tembok selatan
Bangunan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.