Minat aku dalam aktiviti memacing ni dalam baru- baru ini sahaja. Beberapa bulan yang lalu. Mulanya memancing ni membosankan bagi aku. Tetapi setelah menarik seekor ikan Patin di sungai kampung ku sendiri iaitu Sungai Kg. Kuala hanya 8km dari pekan Papar.
Setelah merasa menaikkan ikan ke darat buat pertama kali. hati bagai berdebar-debar untuk mendapatkan ikan yang lebih besar lagi. Ketenangan suasana di sungai itu sahaja boleh membuatkan aku berangan-angan mendapatkan ikan yang paling besar dalam sungai itu. hahaha.. dapat juga rilex-rilex. Malam adalah masa yang paling aku suka menjalankan aktiviti memancing aku. Tempat itu bersebelahan dengan tanah perkuburan dan ada beberapa buah rumah berdekatan. Tempat aku selalu menjadikan mangsa ialah di sebuah jeti seorang rakan memancing juga iaitu abanng Jai. Kebetulan nama paggilan kami pun sama. DI sanalah aku banyak mengenal jenis-jenis ikan di sunngai yang di tunggu- tunggu oleh kaki-kaki pacinng tempat kami.
Jika anda yang belum pernah mengalami keseronokan memancing ikan. Mugkin kamu akan merasa bosan pada memancing. Memang kesabaran yang tinggi penting dalam jiwa pemancing tapi setelah medapat yang ditunggu-tunggu. Keseronokannya tidak terkata. Begitulah lumrah kehidupan. Kesabaran dan dugaan perlu ada. ketenangan dapat mengawal kita membuat suatu keputusan yang bijak walau dalam keadaan panik sekalipun. Setelah aku menjadi kaki pancing. aku lebih tenang dalam menjalani kehidupan ku dan lebih Cool.. ^^
sekian,to be continue selepas musim gelama : ^.^!