:)
Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah.
Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari
senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga
kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua
dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah
api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.
Tujuh keajaiban baru
Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".
Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud [6]. Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 [7]. Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).
Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning America mendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri.[8] Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton [9].
Tujuh Keajaiban Dunia Purba
Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:Keajaiban | Tarikh | Pembina | Musnah | Punca |
---|---|---|---|---|
Piramid Agung Giza | 2650-2500 SM | Mesir | masih wujud | N/A |
Taman Tergantung Babylon | 600 SM | Babylonia | selepas abad pertama SM | gempa bumi |
Kuil Artemis di Ephesus | 550 SM | Lydia, Parsi, Yunani Purba | 356 SM | terbakar |
Berhala Zeus di Olympia | 435 SM | Yunani purba | antara abad ke-5 dan ke-6 M | terbakar |
Makam Maussollos di Halicarnassus | 351 SM | Parsi, Yunani Purba | sebelum 1494 M | gempa bumi |
Patung Raksasa Rhodes | 292-280 SM | Yunani Hellenistik | 224 SM | gempa bumi |
Rumah Api Iskandariah | abad ke-3 SM | Mesir Hellenistik | 1303-1480 M | gempa bumi |
Senarai moden
Oleh kerana kebanyakan dari keajaiban dunia telah musnah, ramai yang mencadangkan agar mencari yang baru dan menamakan keajaiban yang sedia ada sebagai Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Maka, kini terdapat banyak senarai keajaiban yang dibuat yang terdiri dari hasil kejuruteraan manusia hinggalah ke keajaiban alam semula jadi. Walau bagaimanapun, tiada kesepakatan yang dibuat oleh umum tentang senarai itu. Namun lebih banyak keajaiban dunia yang masih tidak diketahui.Keajaiban moden
Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika menyusun satu senarai keajaiban dunia moden [1]:Keajaiban | Mula dibina | Dirasmikan | Lokasi |
---|---|---|---|
Channel Tunnel | 1 Disember 1987 | 6 Mei 1994 | Selat Dover, Eropah |
Menara CN | 6 Februari 1973 | 26 Jun 1976 | Toronto, Ontario, Kanada |
Bangunan Empire State | 22 Januari 1930 | 1 Mei 1931 | New York, New York, Amerika Syarikat |
Jambatan Golden Gate | 5 Januari 1933 | 27 Mei 1937 | Selat Golden Gate, utara San Francisco, California, Amerika Syarikat |
Empangan Itaipu | Januari 1970 | 5 Mei 1984 | Sungai Paraná, Amerika Selatan |
Delta Works | 1953 | 10 Mei 1997 | Belanda |
Terusan Panama | 1 Januari 1880 | 7 Januari 1914 | Segenting Panama, Amerika Tengah |
Tujuh keajaiban baru
Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".
Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud [6]. Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 [7]. Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).
Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning America mendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri.[8] Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton [9].
Bilangan | Keajaiban | Lokasi |
---|---|---|
1 | Istana Potala | Lhasa, Tibet |
2 | Kota Lama Jerusalem | Israel |
3 | Bongkah ais kutub | Kawasan kutub |
4 | Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat Laut | Hawaii, Amerika Syarikat |
5 | Internet | N/A |
6 | Peninggalan Maya | Semenanjung Yucatá, Mesoamerika |
7 | Perpindahan Serengeti dan Masai Mara | Kenya dan Tanzania |
8 | Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton) | Arizona, Amerika Syarikat |