Tweet

Nuffnang Ads

Sunday, March 24

Logo Volkswagen

:)

Kereta Volkswagen sudah pun terkenal sejak perang dunia kedua lagi di Malaysia. Kebanyakan kereta volkswagen yang berada di Malaysia ketika itu adalah jenis Beattle 2 pintu dan van serbaguna.
Namun disebalik produk kenderaan yang meluas dari Jerman itu ada sesuatu yang menarik dan mungkin mengejutkan kita. Ianya bertambah menarik dan misteri apabila ‘kejutan’ itu dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Adolf Hitler.


Rekaan Kereta oleh Adolf Hitler
Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,
“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”
Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porchedengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.
(Gambar) Pengasas, Dr. Ferdinand Porsche
Misteri Logo Volkswagen
Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.
Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan.
oleh Ibnuyaacob

Takziah Kepada Syeikhul Ramadhan Al-Buti

:)

Pemergian Allahyarham Dr. Ramadhan Al-Buti, seorang ulama ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kehilangan yang sangat dirasa. Beliau adalah ulama’ yang digeruni oleh pihak Illuminati khususnya golongan Freemason kerana dakwahnya bisa menangkap jiwa jutaan umat Islam.Kehilangan beliau juga satu kegembiraan bagi puak Ulama Wahabi yang sering menyerang pendapat-pendapat beliau dalam pelbagai media khususnya tulisan dan buku.

Pembunuhan Dr. Ramadhan Al-Buti melalui pengeboman di sebuah masjid adalah satu perancangan rapi bagi projek ‘Ethnic Clearance’. Ethnic dalam kamus Illuminati bukan lagi merujuk ‘bangsa’ tetapi ‘ulama’. Projek ini telah pun berjalan di seluruh dunia sejak 1970-an. Tambahan pula Syeikh Ramadhan adalah ulama yang cenderung kepada Tareqat Kesufian yang menjadi kebencian golongan Wahabi dan Freemason.
Di Syria, pihak media barat mempromosi sepenuhnya pertelingkahan antara golongan Pro-Assad dan anti-Assad. Ia satu propaganda yang sengaja diwujudkan bagi memberi ruang kepada Amerika untuk membunuh kedua-dua belah pihak.
Sekarang media barat menggambarkan kedua-dua pihak adalah pembunuh kejam. Sebelah pihak menyembelih orang Islam manakala sebelah pihak lagi mengebom diri untuk membunuh orang Islam lain.
Antara fitnah yang dilemparkan Media Barat kepada beliau ialah:
- Syeikh Ramadhan difitnah berfahaman Syiah hanya kerana berjumpa keluarga Al-Assad yang pro-syiah.
- Syeikh Ramadhan difitnah menyokong kekejaman tentera Al-Assad. Tetapi sebenarnya beliau berjumpa dengan Presiden Syria itu untuk membebaskan ulama2 Sunni yang dipenjarakan.
Kini fitnah Amerika berjaya dan puncak kejayaan mereka ialah apabila beliau dibunuh.  Laporan berita Malaysia yang biadab juga menyebut Syeikh Ramadhan sebagai ‘Ulama Syiah’ sedangkan ia adalah sebaliknya.
Maka berhati-hatilah dengan fitnah Dajjal akhir zaman ini.